Tuesday, August 28, 2018

Tak perlu

Tak perlu pura-pura baik depan aku,
Tak perlu pura-pura nak tolong aku,
Kau hanya nak melepaskan tekak kau,
Aku tak peduli lagi hal hidupmu.

Tak perlu berlakon depan aku,
Hidup kau,kau lah yang tentu,
Hidup aku dengan cara aku,
Masa susah nak tunjuk muka depan aku.

Tak perlu,
Aku dah makin tua,
Hidup aku entahlah berapa yang tersisa,
Tahniah kepada kau sebab dah berjaya.

Kawan tak perlu pura-pura lagi,
Sudahlah, aku pun dah malas nak ambil tahu.

Tapi ini mungkin boleh jadi teladan kepada yang membaca atau terbaca nukilan aku ini.

Cari kawan yang betul-betul kawan.
Bukan masa susah baru datang jumpa kau.
Orang macam ini,baik kau abaikan.

Tak perlu ada pun tak apa.

4 comments:

PeRdU cINta said...

Sakit rasanya bila ada kawan begini
Bila ada perlunya begitu begini
Selesa semua kita ditinggal sendiri
Moga kita atau sesiapa tidak mudah lupa diri

Warisan Petani said...

manusia pelbagai ragam.
Tak ada yang sempurna termasuk kita.

At-Tarmizi said...

PeRdU cINta tak ada kawan macam ini pun tak apa

At-Tarmizi said...

Warisan Petani betul,pelbagai ragam manusia ini =)

Post a Comment