Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tadi berkesempatan lepak minum dengan kawan semasa program SL1M-Telekom dahulu.
Kebetulan dia datang Melaka sebab nak urus hal adiknya yang dapat tawaran belajar dekat UITM, jadi sempatlah lepak jumpa dia sekejap.
Sekarang ni dia dah kerja sebagai Head of service dekat sebuah syarikat Johor,dan insya-Allah bulan 2 tahun depan akan berkahwin.
Bila melihat kehidupan dia,rasa kerdil pula diri ni.
Mungkin jalan hidup masing-masing berbeza, ada yang dapat kerja bagus,ada yang memang lahir daripada keluarga kaya, ada yang kahwin awal...
Masing-masing punya jalan hidup sendiri.
Jalan hidup saya pula,saya sendiri tak pasti.
Sejujurnya saya ingin sebuah kehidupan yang lebih baik...
Bersyukur masih ada tempat berteduh tapi sampai bila saya nak macam ini.
Jalan hidup saya sendiri kabur.
Entahlah...
5 comments:
ye betul tu, jalan kehidupan masig masing berbeza. semua dah tertulis tapi yang penting kita kena sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik
itu normal dalam pemikiran semua orang. kita sentiasa nak upgrade and insyallah niat baik dipermudahkan =)
USAHA DOA DAN TAWAKAL
InsyaAllah...yakin dengan Allah..usaha jangan lelah.
Semoga dipermudahkan untuk mencapai kehidupan yang lebih baik.
Post a Comment