Wednesday, August 15, 2018

Kena tampar masa sekolah dahulu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekarang tengah kecoh dekat media sosial hal guru buli pelajar tadika..

Kes besar yang kecoh tu berlaku dekat negeri Melaka, negeri sendiri...malu juga bila baca..

Budak tadika pula tu, bila tengok video yang viral tu rasa sedih, budak kecil lagi,takut trauma pula nanti nak pergi sekolah...

Semoga kebenaran dapat dibuktikan...

Bila baca kes macam ini, teringat pula zaman sekolah rendah dahulu...

Ingat lagi ada seorang Cikgu lembut, memang lembut tapi bila bercakap,mulut memang pedas, pedih sahaja telinga dengar...

Teringat dahulu saya pernah kena tampar dengan Cikgu ini...

Puncanya sebab saya dan kawan-kawan tak bagi salam dekat dia..

Masa tu kami tengah duduk beramai-ramai...masa tu dah habis peperiksaan kalau tak salah,jadi kami bebas buat aktiviti lain...

Jadi kami beramai-ramai duduk,bila nampak Cikgu ni kami semua beredar,yalah sebab tahu Cikgu tu garang, kami jadi takut, tak nak jumpa dengan dia, terus dipanggilnya kami semua, lepas tu ditampar kami seorang demi seorang... sebab tak bagi salam dekat dia..

Itulah pengalaman pertama kali saya ditampar..sebelum itu setakat kena cubit atau rotan dengan Cikgu lain...

Lama juga saya tak dengar khabar Cikgu tu, dulu dengar dia jatuh sakit sampai tak boleh jalan... tak tahulah kalau dah meninggal...

Agaknya kalau zaman saya dulu dah macam zaman sekarang,zaman viral..dah lama Cikgu ni masuk lokap...

Sebab pernah juga dia ludah pelajar lain sebab gagal jawab soalan...

Sampai sekarang ni bila teringat pengalaman ni, rasa marah dekat Cikgu tu susah nak dihilangkan...

Yalah,rasa macam tak patut kena tampar sebab hal yang tak masuk akal macam ni.

2 comments:

PeRdU cINta said...

Betul...kalau la dulu itu seperti sekarang...rasanya ramai cikgu dilaporkan..dulu ada guru yang marah,pukul atau denda kerana betul2 nahu mendidik...ada juga kerana emosi..cuma dulu ibu bapa percaya pada guru untuk mendidik asal tidak cedera atau patah anggota.

Safirul Amar Bin Hj. Azmi said...

sabar jela bro...doakan yang baik baik sahaja

Post a Comment