Lari,
Lari jauh-jauh,
Tinggalkan tempat ini,
Lari tinggalkan semua keserabutan.
Lari,
Lari jauh-jauh,
Tinggalkan tempat ini,
Lari tinggalkan semua kepahitan.
Pergi ke tempat yang ada sebuah rumah untuk berteduh, dikelilingi hutan,tiada manusia yang berlagak bijak.
Hanya ada hutan,hidupan hutan yang tidak merbahaya,dan sebuah rumah untuk berteduh.
Ketenangan, inginkan ketenangan, sudah dicuba candu ketenangan,masih terasa kekusutan.
Biarlah hutan jadi peneman, tidak perlu dengar lagi sorak manusia yang berjalan mendabik dada..
Lari jauh-jauh,
Lari...
6 comments:
bersabarlah dengan semua kepahitan kerana kepahitan tu bukanlah selamanya
Sabar...hadapi..usahakan lagi...jangan pernah berhenti meminta daripada Allah SWT...mengadu padaNYA sentiasa dan hari-hari.
Lari tidak menyelesaikan masalah. Kena hadap dan kuat untuk selesaikan masalah.
sabar.. semoga diberi kekuatan..
bercutilah.
cari ketenangan.
Ke mana jauh kan kau lari,
Ini semua harus kau hadapi,
Usah resah duhai hati,
Masalahmu bukan hakiki,
Kan kau temui cahaya nanti...
Post a Comment