Saturday, July 16, 2011

Persaingan

Assalamualaikum w.b.t




Persaingan,hidup di atas dunia ini memerlukan kita sentiasa bersaing,bersaing untuk mencapai sesuatu,hajat di hati atau menjadi juara di mata kita,di mata mereka???

Hatta,sebelum kita dilahirkan,kita perlu bersaing untuk menjadi benih juara,menewaskan jutaan yang lain,melihat dunia buat pertama kalinya dengan tangisan bukan???

Persaingan,kita diajar bahawa adat persaingan yang menang itulah terbaik,tewas itu jelek,pelik bukan....

Dunia yang semakin tua memaksa kita terlibat dalam persaingan yang semakin berubah corak persaingannnya... tetapi konsep asas dalam memenangi sesuatu persaingan,bukankah ilmu JAWPANNYA???itu pesan guru,pesan buku,pesan aku kepada aku....

Manusia,harus terus bersaing dalam hidup selagi masih hidup,itu peraturan permainan dalam persaingan kehidupan...

Bagaimana harus aku meneruskan permainan persaingan ini jika diri ini masih rapuh ilmu,masih hijau dalam peraturan,masih mencuba untuk memahami taktikal permainan persaingan,di mana pesertanya semakin bertambah dan bukannya berkurang???

ya-Allah,bantulah hambamu ini..................... .............................................

0 comments:

Post a Comment