Thursday, May 26, 2011

Tanggungjawab

Assalamualaikum w.b.t

Baru-baru nie,aku asyik teringat kata-kata cikgu aku masa zaman sekolah menengah aku dulu,kata-kata yang dia cakap masa aku tolak tawaran dia untuk jadi bendahari atau ketua kelas,antara dua tulah tapi aku tak ingat sangat jawatan apa yang dia offer,cuma aku masih ingat dengan jelas kata-kata yang dia cakap masa aku tolak tawaran tu,"mizi,kalau awak asyik menolak tanggungjawab,awak tak akan jadi seorang manusia," waktu tu aku xpaham sangat motif dia cakap camtu ngan aku,tapi lama-lama bila aku semakin besar dan semakin banyak tanggungjawab yang aku nampak dan nak kena hadap,baru aku mula nak paham mesej yang cikgu aku tu nak sampaikan...

Tanggungjwab,berat betul bunyinyer... dah lah nak kena tanggung lpas tu nak kena jawab kalau jadi apa2 hal... pergh... berat betul definisi tanggungjawab nie,tapi baru-baru nie member aku ada "sound" aku,memang tanggungjwab tu berat tapi macam mana pun kita nie manusia,ada tanggungjawab dan peranan masing2, cth cam kau nie lelaki, satu hari nanti,insya-Allah kalau kau ada jodoh akan berkahwin,ada tanggungjwab kat isteri kau,lpas tu ada anak,tanggunjawab kau kat anak kau pulak, sekarang nie kau student so tanggungjawab kau belajar, dan sbg seorang anak ada tanggungjwab kepada mak kau.... so kau memamg x boleh lari daripada tanggungjawab nie... adusss... tersentak aku dengar bile member aku camtu ngan aku, aku biasa gak dengar nasihat2 camnie,tapi entahlah time tu macam xberapa nak masuk jer.....

Lahirnya seorang bayi ke dunia,
Bukan hanya meramai umat sahaja,
Lahirnya hadir bersama,
Sejuta makna,sejuta kerja,
Bak seindah dan secantik nama,
Manusia yang menjadi pelakon di pentas dunia...

Tapi acapkali aku terlupa,watak dan peranan aku dalam sketsa kehidupan nie...

ya-Allah... permudahkanlah urusan aku di dunia dan di sana nanti ya-Allah...


1 comments:

At-Tarmizi said...

wslm..boleh..letak jer alamat laman web kat link exchange tu :)

Post a Comment