Wednesday, June 15, 2011

Pandai

Assalamualaikum w.b.t




Apa itu pandai? atau istilah yang bombastik sedikit disebut cerdik,kalau nak guna nama yang menonjolkan seseorang itu memiliki istilah ini disebut sebagai seorang yang intelektual,tapi apa sebenarnya pandai???

Kata orang,kalau nak tahu seseorang itu pandai,cerdik,atau bijak,tengok sahaja "report card" dia atau markah ujian yang dia dapat,cemerlang ke tak...

Kalau seseorang itu dapat "A"-satu simbol yang digunakan dalam sistem pemberian markah,maka dia biasnya dianggap seseorang yang cerdik,bangga mak dan ayah kalau anak dapat semua "A"dalam peperiksaan,habis "pukul canang"satu kampung,buat kenduri tanda menzahirkan kesyukuran sebab dapat anak yang "cerdik,pandai,bijak,"kalau nak lari dari istilah konvensional maka istilah-istilah ini dirangkumkan dalam satu ayat iaitu disebut sebagai "genius".

Tapi betul ke pandai nie sekadar dapat cemerlang dalam peperiksaan???habis kalau seorang "al-insan" itu dapat gagal dalam ujian-tidak pandaikah dia??? atau tidak mempunyai kepandaian???

Aku terfikir,adakah seseorang yang dapat semua "A" itu seorang yang pandai maka secara automatik dia harus pandai dalam segala aspek???

Subjek sainspsikologi yang aku belajar ada menyebut mengenai konsep kepandaian dan dipelopori oleh seorang "al-insan" dari barat iaitu T.Howard Garner(nama dia macam nielah lebih kurang bunyinya,kalau salah ejaan-maaf yer) menyatakan kepandaian manusia dapat dibahagikan kepada 8-antara kepandaian tersebut ialah pandai dalam aspek sukan,pandai dalam aspek muzik,pandai dalam aspek matematik dan logik...dan lain-lain lagi.

Tiba-tiba aku teringat sebuah buku motivasi yang aku beli,tajuknya-Apa Bakat Saya???menyatakan manusia sebenarnya mempunyai kepandaian yang berbeza,so kadang-kadang pandai dalam akademik sahaja tidak bermakna pandai semuanya... ini harus disampaikan kepada golongan "baby boomers"

Unik betul manusia nie,secara permukaannya sama sahaja tapi sangat berbeza........ kepandaian yang dimiliki juga berbeza-beza....

Secara sedar,atau separa sedar,aku rasa aku sudah lama diajar supaya menjadi manusia yang intelek yang sehala tanpa memikirkan aspek kepandaian yang lain...

Sebagai contoh,aku diajar bahawa pelumba motor jalanan itu "al-insan" yang hanyut maka aku ditegah untuk bercampur dengan mereka,walaupun aku mengagumi kepandaian dan kemahiran yang mereka miliki untuk menghiburkan pengunjung percuma yang datang secara sengaja atau tidak untuk melihat aksi mereka...bukankah melakukan aksi itu memerlukan aras pemikiran yang tinggi???pelik...

Dunia sahaja memerlukan kita mempunyai kepandaian yang pelbagai untuk terus berdiri,jatuh bangun bersama-sama....

Pandai bukan hanya sehala,bukan hanya sejalan tapi kenapa aku tak nampak dari dulu?aku gagal untuk sedar bahwa tidak ada manusia yang pandai...kerana ilmu tidak pernah cukup dan tidak akan pernah habis...seperti laut.....

Sedih betul bila aku baru sahaja sedar tidak ada istilah insan yang paling bijak,cerdik kerana manusia sama sahaja-mempunyai kepandaian yang berbeza untuk mrnghasilkan sesuatu yang berbeza...

"Tidak ada manusia cerdik yang akan mengaku dirinya cerdik"

Ya-Allah,hanya Engkaulah yang Maha Bijaksana....................................................

0 comments:

Post a Comment