Assalamualaikum w.b.t
Rancangan,hidup sentiasa membuat seseorang itu terpaksa membuat rancangan,suka tak suka itu belakang cerita,yang penting rancangan tetap kena buat,tapi aku sering silap dalam mengatur strattegi,mencorak langkah yang sesuai,dan acapkali hasil daripada rancangan yang aku buat memakan diri.
Semua orang ada rancangan masing-masing dalam hidup ini,sebab kita ciptaan yang paling kompleks dan yang paling hebat diciptakan sebab itu agaknya kita semua mempunyai rancangan hidup yang berbeza dalam hidup ini,tidak seperti haiwan yang telah ditetapkan hidupnya, ditetapkan tugasnya dan tidak pasti pula aku dalam dunia haiwan adakah terdapat istilah cita-cita, seperti seekor semut tentera yang bercita-cita ingin menjadi permaisuri dalam koloninya...
Tapi kita manusia,cita-cita kita berbeza,walaupun yang hakikinya tujuan kita diciptakan adalah untuk beribadat kepada-Nya, tapi dalam meniti hidup bukan itu sahaja semata-mata...banyak lagi yang nak kena gali,nak kena cari....
Nak rancang strategi kena ada ilmu,kena ada pengalaman,kena ada panduan,kena ada tujuan...tapi aku "kosong".... "kosong sangat-sangat"
Starategi yang dibuat haruskah diberitahu atau strategi harus disimpan rapi dalam hati???
ya-Allah,bantulah hambamu ini...................................................................
0 comments:
Post a Comment