sumber:google images
Pertama kali, ingat tak bila pertama kali kita buat sesuatu,makan sesuatu,pergi ke sesuatu tempat pertama kali?
Contohnya, pertama kali belajar menaiki basikal,pertama kali belajar naik motor,pertama kali belajar bawa kereta... boleh ingat lagi pengalaman pertama kali macam ni kan?
Tapi ada juga pertama kali yang sukar nak ingat balik, contohnya pertama kali belajar berjalan,meniarap, merangkak dan sebagainya...
Pertama kali, ya,banyak perkara atau pengalaman pertama kali yang kita akan lalui...
Secara jujur, saya tidak pandai makan atau pesan makanan "fast-food" seperti pizza dan sebagainya..
Cuma beberapa kali sahaja saya pernah makan pizza..
Cuma baru-baru ini, bos saya telah belanja semua staff makan pizza dan meminta pendapat saya,saya jawab sahaja dengan jujur, saya tidak biasa "order" pizza atau makan pizza, jadi saya tidak tahu untuk memberi sebarang pendapat atau pandangan.
Reaksi yang diterima daripada staff lain? mereka memberi pandangan simpati..berasa kasihan agaknya terhadap saya kerana tidak tahu jenis-jenis pizza yang dijual...saya yakin staff lain tidak ada niat nak menyinggung perasaan saya,cuma ianya reaksi spontan bila di zaman seperti ini, ada juga mereka yang tidak tahu membuat pesanan pizza lebih-lebih lagi bagi golongan berumur 20-an sepeti saya...
Saya memang terasa agak malu juga sebenarnya bila mendapat respon seperti itu...
Saya jarang makan pizza sebab kadang-kala bila makan pizza,ada ketika susah untuk saya membiasakan tekak saya dengan rasa pizza tersebut.
Saya berterima kasih kepada bos saya kerana sudi belanja saya dan staff lain dominos pizza, memang sedap, tidak melekit....
Bila difikir kembali, rasanya ini pengalaman pertama saya makan dominos pizza, sebab rasanya saya hanya pernah rasa pizza daripada pizza hut...
Banyak pengalaman pertama kali dalam hidup yang kita akan lalui dan merasainya..contohnya pengalaman pertama kali saya naik MRT.,LRT, kapal terbang, pergi lapangan terbang, buat tempahan grab, pergi interview kerja, pertama kali rasa dominos pizza, makan macaroni, makan oglio, dunkin donuts, pertama kali pesan makanan di KFC,Mc Donald's, naik feri, dan pelbagai lagi peristiwa pertama kali yang saya lalui dan akan lalui di masa akan datang.
Sudah pasti semasa pertama kali melakukan perkara asing bagi diri sendiri,sudah tentu mengharapkan sokongan dan bukannya kata-kata sinis yang hanya akan menyebabkan sesorang itu berasa rendah diri....
Semoga ada manfaatnya "post" kali ini...
insya-Allah...
amin.
12 comments:
Setiap orang merasai pengalamam pertama kali....dari pertama itu barulah seterusnya....bila pertama kali itu bermakna tempih pembelajaran...bagi kak PC..tiada yang aneh keran kak PC sendiri masih banyak perkara belum dicuba..jadi sikap memandang aneh atau berasa pelik di zaman ini pada orang yang baru mencuba itu tidak wajar.....rezeki orang,citarasa orang berbeza.
teringat masa first time pergi subway. Dah lah takde siapa nak guide pandai2 sendiri je order. Tabah je akak dekat counter tu layan
Pertama kali buat entri dalam blog kira2 dua tahun lalu.
Mula2 fikir, ada ke orang nak baca.
Setiap perkara Ada pertama Kalinya.. tak perlu malu.. org lain pun Ada juga moment pertama Kali juga
PeRdU cINta terima kasih kak PC, setuju dengan pendapat kak PC...macam bawa kereta,bukan lahir-lahir terus pandai bawa kereta,mesti belajar dulu untuk pertama kali ya tak.. =)
farhanna jafri ya, saya pun Subway baru sekali ja, terpinga-pinga juga lah...mujur pergi dengan kenalan..boleh tolong =)
Warisan Petani sekarang ni saya antara peminat blog WP =)
mamapp setuju...malu tu biasalah rasanya...cuma kadang rasa tak selesa juga =)
Kekadang benda pertama kali dilakukan tu ada memori disebaliknya sebab kita ingat. Zumal pertama kali beli pizza dekat port klang. Hehehe...
Dunia Zumal setuju..memang selalunya benda pertama kali kita buat akan diingati =)
Setiap perkara pasti akan ada pertama kalinya.. Semuanya akan jadi kenagan manis bila diingat.. Tak perlu rasa rendah diri, tapi jadikan itu sebagai motivasi..
Shahida Dzulkafli baik,insya-Allah...terima kasih ya =)
Post a Comment