Tinggal lebih kurang sebulan lebih sahaja lagi sebelum saya menamatkan Skim Latihan 1 Malaysia PNB,
Banyak kenangan dan pengalaman yang saya lalui sepanjang tempoh "on the-job training" saya di Stadium Merdeka dan Stadium Negara
Sudah pastinya keseronokkan melihat konsert secara "live" akan sentiasa diingati...
Tetapi yang lebih utamanya, keseronokkan bekerja di bawah seorang ketua yang saya rasa amat baik dan pastinya sukar untuk saya berjumpa bos seperti ini di mana-mana...
Bos saya tidak pernah sekalipun memarahi staf, sebaliknya kami merasakan sebagai seorang kawan..bos ini amat baik dan setiap hari dia akan belanja saya dan pelatih SL1M lain makan.
Semoga bos saya iaitu En.Alias Bin Daud dimurahkan rezeki dan hanya Allah s.w.t sahaja yang mampu membalas segala budi baik dan jasa En.Alias kepada saya. amin.
Sangat jarang saya mengeluarkan duit untuk membeli makanan sepanjang saya menjalani Skim Latihan 1 Malaysia di Stadium Merdeka ini disebabkan selalu dibelanja bos ataupun rakan pejabat yang lain.
Satu pengalaman yang menyeronokkan dan pastinya sukar untuk saya dapat merasai suasana seperti ini di tempat lain.
Malah yang lebih menyeronokkan sepanjang saya menjalani Skim Latihan 1 Malaysia di Stadium Merdeka inilah tempoh yang paling lama berjaya saya bertahan dalam tempoh satu-satu latihan...selama 10 bulan lebih kurang hampir setahun lamanya..
Selepas ini saya rasanya saya akan kembali ke zaman mencari kerja, bermula kembali episod menghantar resume ke merata-rata tempat, menghadiri temuduga, berhabis wang ringgit untuk menghadiri temuduga...
Semasa menjalani Skim Latihan 1 Malaysia ini, ada juga saya menghantar resume dan menghadiri panggilan temuduga, cuma belum ada rezeki saya lagi barangkali, kebanyakkan jawapan yang saya terima ialah mereka akan menghubungi saya sekiranya saya berjaya diterima masuk bekerja tetapi sehingga kini tiada sebarang panggilan daripada mana-mana pihak.
Saya juga besar kemungkinan kembali semula ke kampung, sebab tidak logik rasanya saya terus tinggal menyewa bilik di Kuala Lumpur, lebih baik saya kembali ke kampung dan tidak perlu lagi membayar sewa bilik.
Kembali semula ke kampung, bererti besar kemungkinan saya akan kembali menolong emak saya berjaja kecil-kecilan, syukur Alhamdulillah, sekurangnya saya ada tapak untuk berniaga walaupun kecil, cuma muat satu-dua meja kecil..tetapi sekurang-kurangnya saya masih ada sumber pendapatan..
Tetapi, biasalah bila berniaga kecil-kecilan ini, pendapatannya tidak menentu, malah kadang-kala hanya beberapa ringgit sahaja diperolehi...bukan tidak bersyukur cuma saya berharap dapat memajukan sedikit perniagaan kecil-kecilan emak saya ini.
Berjaja kecil-kecilan di Pasar Borong |
Kembali berjaja juga bererti kembali mendengar kata-kata sinis daripada masyarakat sekeliling...
Entahlah..doakan supaya saya tabah menghadapi semua ini.
Saya sertakan gambar pas sepanjang saya bertugas di Stadium Merdeka dan Stadium Negara, lebih kurang sepuluh konsert juga saya dapat saksikan sepanjang saya bertugas.
Pas bagi setiap konsert sepanjang saya bertugas sebagai pelatih SL1M di Stadiium Merdeka/Stadium Negara |
Nanti jika ada masa saya akan kongsikan pula gambar dan cerita serba sedikit tentang konsert-konsert yang dapat saya saksikan ini.
Insya-Allah...amin.
5 comments:
Tarmizi, semoga dipermudahkan segalanya k...
Mama doakan yg terbaik utk tarmimi.. biarlah org nak kata APA at least Kita Ada usaha utk majukan diri. Bukti pada mereka yg mereka silap
Alahai typo.. ampun ye tarmizi
Dunia Zumal terima kasih, insya-Allah..amin =)
mamapp terima kasih, tapi kadang rasa sedih juga bila dengar kata-kata sinis masyarakat..sabar sahajalah =)
Post a Comment