Thursday, January 4, 2018

Jiran yang telah ditakdirkan Tuhan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Image result for neighbour
sumber gambar:google images

Izinkan saya dalam "post"  kali ini menzahirkan perasaan yang telah lama ditahan, pandangan dan pendapat yang telah lama disimpan...moga dengan cara ini saya lebih tenang,saya lebih tenteram...

Izinkan saya untuk berkongsi  perkara yang bagi saya telah ditakdirkan Tuhan...iaitu tempat saya dilahirkan, jiran yang saya dapat sepanjang membesar...ini merupakan antara perkara yang telah ditakdirkan bagi saya...

Takdir bagi saya ialah sesuatu yang tidak boleh diubah...

Jadi saya tidak boleh mengubah takdir di mana saya dilahirkan...dan jiran yang saya dapat sepanjang membesar...

Saya dilahirkan di sebuah kampung di Melaka,dan izinkan saya bercerita mengenai jiran dan suasana di kawasan saya dilahirkan dan dibesarkan...sekiranya ini mungkin satu dosa kerana saya akan bercerita tentang keburukkan maka saya mohon keampunan daripada Tuhan...

Jiran dan kawasan saya dibesarkan merupakan antara perkara yang seringkali terlintas dan terfikir dalam minda dan hati saya,

"kenapa aku dibesarkan,dilahirkan dalam kawasan macam ni dan mendapat jiran seperti ini?


Banyak peristiwa yang berlaku sepanjang saya hidup dan membesar dalam kawasan kejiranan saya ini.

Antara peristiwa yang saya ingat:

Berjiran dengan penagih dadah, jadi maka banyak lah barang yang dicuri, contohnya mesin getah,alat pengopek kelapa,tong gas,radio kereta,minyak motor,karpet rumah,seluar jeans,sport rim motorsikal,ayam yang dibela,basikal,telefon bimbit...Malah pernah juga berlaku jiran dengan suka hatinya mengambil daun kesum yang mak saya tanam tanpa meminta izin terlebih dahulu, membuang sampah di halaman rumah saya...menanam pokok nanas di kawasan rumah saya tanpa meminta izin, memaki hamun emak saya kerana menegur anak mereka-perkara ini yang paling saya tak boleh lupa dan saya harap perempuan yang maki mak saya masuk neraka...

Sebaik sahaja menyedari yang perbuatan mereka dilihat,mereka akan berlalu pergi tanpa sebarang perasaan...

Sebenarnya mereka yang mencuri ini turut mendapat sokongan daripada keluarga mereka, mereka akan turut tolong menjual barang yang dicuri anak mereka kepada orang lain, barangkali mereka ini yakin, mereka mati nanti "confirm" masuk syurga sebab tu mereka berani buat macam ni. Mungkin disebabkan ada dalam kalangan keluarga mereka yang menjadi Imam,maka mereka beranggapan mereka suci dan sempurna...syurga sedang menanti mereka....

Malah, saya turut berjiran dengan sebuah keluarga yang sering mencari gaduh dengan keluarga kami,sebenarnya bukan dengan kami sahaja malah ramai lagi, tetapi disebabkan kami yang paling dekat,maka kamilah yang sering menjadi tempat mereka mencari gaduh.

Barangkali disebabkan jiran saya ini beranggapan dan rasakan mereka merupakan ketua kampung,jadi semua jiran harus takut kepada mereka...Mereka bukanlah mempunyai apa-apa jawatan di kampung cuma disebabkan anak mereka seorang banduan,penagih dadah maka mereka berasa mereka cukup gangster dalam kampung...Penghujung hidup mereka? Mati..dan rumah mereka yang duduki dirobohkan kerana mereka menumpang secara haram..tapi meninggalkan waris iblis mereka di kampung. Anak mereka masih hidup dan keluar masuk penjara...saya sendiri tidak pasti kenapa mudah sangat anak mereka dibebaskan walaupun sudah berkali-kali dimasukkan ke penjara dengan bukti yang kukuh...entahlah...

Rumah mereka dirobohkan sebab bukanlah tapak tanah milik mereka,sekadar menumpang...gambaran yang sesuai digunakan seperti Israel yang sekarang menzalimi rakyat Palestin.

Terdapat juga dalam kalangan saudara saya yang kononnya bersifat wira kerana beranggapan tindakan merobohkan rumah mereka tidak berhati perut, kadangkala saya berharap mereka yang memberi komentar seperti ini dapat jiran perangai seperti yang kami dapat, dan ingin benar melihat komen mereka selepas mendapat jiran seperti ini.

Sekarang ini kami berhadapan dengan masalah anak-anak,waris-waris mereka yang bermain bola berdekatan rumah kami, saya pernah "post" pasal perkara ini di blog saya...sudah banyak kali ditegur tapi hanya membuang masa sahaja...

Mudah sahaja bercakap, budak-budak lagi,apa yang mereka tahu,jadi mereka masih budak biarkan sahaja mereka memecahkan barangan milik orang lain? saya doakan mereka yang cakap seperti ini mendapat jiran seperti ini...mungkin selepas itu mereka akan lebih memahami dan mengerti...

Perkara ini yang sering terlintas di minda dan hati saya~mengapa saya mendapat jiran seperti ini, dan saya mohon usah beri saya kata-kata seperti bersabar, ini semua ujian Allah, ada hikmah di sebalik semua ini dan sebagainya lagi..kerana jujurnya sehingga kini saya masih tidak melihat sebarang hikmah dengan mendapat jiran perangai celaka seperti ini....

Mohon maaf atas kekasaran bahasa...saya hanya manusia biasa...bukan malaikat yang suci dan sempurna...

Saya menulis mengenai perkara ini kerana suka tak suka saya,besar kemungkinan  saya akan kembali semula menetap di kampung saya....dan ini amat menyusahkan dan memeningkan kepala saya...

Saya sedar mungkin dengan menulis mengenai perkara ini tidak akan mengubah sebarang perkara malah mungkin berdepan risiko lain, cuma saya berharap dengan menulis ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kekusutan kepala saya, menenangkan hati, dan mohon supaya saya dapat menjalani hidup di kampung saya tanpa ada sebarang masalah lagi....sudah berpuluh tahun hidup berjiran seperti ini, saya hampir sudah tidak tahan lagi...cuma saya masih sayangkan emak saya...maka saya menghormati permintaan emak saya supaya bersabar dengan perangai jiran....

Mohon sangat doa kalian supaya saya tidak perlu lagi menghadapi masalah jiran perangai macam Israel ini lagi...

Ternyata jiran merupakan antara faktor penting dalam kehidupan seseorang, cuma sudah takdir Tuhan saya mendapat jiran seperti ini....moga kalian dijauhkan daripada jiran yang berperangai seperti syaitan....dan doakan supaya saya tidak lagi berhadapan dengan sebarang masalah dengan jiran. Saya sudah penat dan tidak larat lagi.


semoga doa kita semua dimakbulkan Allah s.w.t
insya-Allah..

amin.

10 comments:

Warisan Petani said...

WP beruntung kerana berjiran dengan orang2 yang baik2 belaka.

At-Tarmizi said...

Warisan Petani tahniah WP, mesti best kan dapat jiran baik2...memang antara nikmat Allah yang besar tu dapat jiran baik2..dah takdir saya dapat jiran macam ni =)

Haziq said...

Sabar ya tuan. Mungkin tuan ditakdirkan dapat jiran yang kurang baik, tapi mungkin juga tuan diberi dan dikelilingi oleh teman yang baik-baik. Allah Maha Adil. Kita doakan jiran tuan tu diberikan hidayah dan yang penting sentiasa positif InsyaAllah

Dunia Zumal said...

Semoga Allah membuka hati insan itu untuk insaf dan berubah. Sebenarnya jiran Zumal pun sebegitu cuma bukan penagih tapi suka mencuri...

At-Tarmizi said...

Haziq terima kasih tuan, mudahan begitu.Saya percaya mereka yang berkawan dengan tuan pasti beruntung kerana rasanya tuan seorang yang baik dan sentiasa menolong kawan =)

At-Tarmizi said...

Dunia Zumal harapnya begitu, sebab saya sudah penat dan tak larat lagi. Tulah marah betul bila kita usaha susah payah mereka senang sahaja mencuri...

Sha Mohamed said...

Allah.. Memang makan hati dan mengganggu jiwa bila dapat jiran macam ini.. Sha doakan semoga saudara tabah melalui dugaan ini..

Etuza said...

Syukuri jiran2 kita yang baik..apapun ada kala kita terganggu..banyakkan bersabar dan doa yang baik2 kepada jiran tu

At-Tarmizi said...

Shahida Dzulkafli memang makan hati, jujurnya sudah dah tak larat lagi..dah penat =)

At-Tarmizi said...

Etuza Etuza ya...memang seronok dapat jiran yang baik..

Post a Comment