Thursday, March 17, 2016

Keracunan Makanan

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


                                        Image result for keracunan makanan
                                                           sumber gambar:google.com



Sudah dua hari perut mengalami kesakitan...barangkali disebabkan minuman bergas yang dibeli di sebuah kedai runcit....mungkin air gas tersebut sudah melepasi tarikh tamat tempoh....tidak perasan pula kerana tekak terasa haus akibat cuaca yang panas...maka dibeli dalam keadaan tergesa-gesa...


Akibatnya,berulangkali keluar masuk tandas,sehingga tidak larat rasanya lagi,lemah dan tidak berdaya..........

Sudah dua kali mengalami keracunan makanan,yang pertama akibat makan makanan hidupan laut yang tidak begitu bersih dan yang kedua ini akibat minum minuman bergas yang sudah tamat tempoh agaknya.........

Perut terasa sakit,badan lemah tidak bermaya,muntah dan pening kepala....seksa betul.........

Akhirnya mengambil keputusan untuk pergi mendapatkan rawatan di klinik kerajaan....secara jujur terasa agak tidak puas hati dengan layanan yang diberi...kerana doktor yang memeriksa hanya sekadar bertanya soalan sahaja...tanpa ada sebarang pemeriksaan....rasa seperti suspek yang sedang disoal siasat oleh polis sahaja...tidak mengapalah...mungkin itu prosedur rawatan klinik kerajaan bisik hati...........bayarannya pula rm 1.00 bagi khidmat rawatan dan ubat yang diberikan......

Doktor turut memberi nasihat supaya kerap minum air masak lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca panas ketika ini...

Setelah 2 hari,barulah perut berasa agak selesa dan tidak lagi kerap membuang air besar.........

Begitu terasa nikmat sihat..lebih-lebih lagi setelah sembuh....semasa sakit keracunan makanan hanya Allah s.w.t yang tahu betapa sengsaranya kerap kali membuang air besar..............

Mujur sakit ini tidak berlanjutan begitu lama..tetapi peristiwa ini meninggalkan kesan terhadap diri...moga lepas ini lebih berhati-hati dalam membeli sebarang makanan atau minuman di kedai...

Semoga kita semua banyak minum air masak dalam cuaca panas,lebih berhati-hati ketika membeli makanan atau minuman luar,dan sentiasa menjaga kesihatan diri.......

Moga ini menjadi pengajaran kepada diri dan sesiapa sahaja yang membaca "post"ini....

Semoga ada manfaatnya "post" kali ini...

insya-Allah...

amin.




3 comments:

At-Tarmizi said...

Diana Rashid yakah? hmm...mungkin prosedur macam tu agaknya...tulah rasa macam tak puas hati sikit..tapi Alhamdullillah dah ok =)

Dunia Zumal said...

Jika perut kosong juga elakkan ambil minuman bergas kerana memberi kesan kurang selesa pada perut

At-Tarmizi said...

Dunia Zumal baik...terima kasih atas perkongsian =)

Post a Comment