sumber gambar:google.com
Motorsikal saya yang saya gunakan iaitu Honda Wave 100(seperti gambar di atas) telah rosak...jujurnya kerosakkan motor tidaklah serius..cuma signal dan hon kadang-kala berbunyi dan kadang-kala tidak.......risiko tidak mempunyai signal dan hon semasa menunggang motorsikal agak bahaya...
Justeru,saya telah mengambil keputusan untuk membetulkannya..agak lama juga saya menunggu masa yang sesuai kerana saya perlu menunggu sehingga mendapat gaji terlebih dahulu.....
Jangkaan awal abang mekanik motor ialah motorsikal saya mempunyai masalah di bahagian bateri..barangkali bateri saya sudah habis......bateri saya merupakan jenis sel kering....di mana sekiranya rosak ianya harus terus ditukar satu set...........tetapi peliknya bateri saya baru sahaja ditukar tidak sampai setahun.....
Setelah membuat pemeriksaan,abang mekanik itu mendapati bahawa bateri motor saya masih dalam keadaan baik........jadi punca signal dan hon motor saya tidak berfungsi mungkin disebabkan hal lain...iaitu masalah wiring/wayar@pendawaian motorsikal saya.....
Semasa melihat proses memeriksa wayar motorsikal saya,saya berasa pening melihat wayar yang berserabut dalam motorsikal saya.........
Setelah mencari-cari masalah wayar,abang mekanik mendapati terdapat satu wayar yang terbakar dalam motorsikal saya....wayar ini yang menyebabkan hon dan signal motorsikal saya tidak berfungsi....agak lama juga proses mencari wayar yang rosak ini......
Saya turut menukar "lining brake" atau "brake lining" saya sendiri tidak pasti sebutan mana yang betul,...tetapi ianya merupakan satu bahagian penting dalam memastikan "brek" motorsikal tidak mempunyai masalah....."lining brake" saya sudah habis
Selain itu,saya turut menukar tayar motorsikal saya kerana ianya sudah "botak" atau tidak mempunyai bunga tayar lagi..........agak bahaya jika saya menunggang motorsikal dalam keadaan tayar botak kerana akan menyebabkan motorsikal tidak begitu stabil.......
"Rim" motorsikal saya juga mengalami kerosakkan kecil...kerana terdapat beberapa "jejari rim" yang bengkok.......menurut abang mekanik lebih baik saya menukar rim saya kepada sport rim sahaja kerana lebih lasak.......tetapi biarlah dahulu kerana saya tidak mempunyai bajet yang mencukupi untuk menukar rim saya ketika ini.......
Setelah selesai proses membaik pulih motorsikal saya,saya kini boleh menunggang motorsikal dalam keadaan yang lebih selesa dan selamat,,,..saya berharap selepas ini saya lebih berhati-hati dan teliti jika motorsikal saya mula menunjukkan tanda-tanda awal masalah.....kerana kerosakkan yang kecil boleh menyebabkan kerosakkan lain yang lebih besar dan lebih bahaya.............
Moga ada manfaatnya "post" kali ini...
Insya-Allah...
amin.
4 comments:
BAGUS PERKONGSIANNYA NI...
Teringat pula motor Zumal yang hampir habis bateri tu ^-^
paridah terima kasih =)
Dunia Zumal owh...kena tukar@baiki tu =)
Post a Comment