sumber gambar:google.com
Semasa berniaga di pasar borong,terdapat seorang hamba Allah yang memberitahu saya bahawa terdapat ketam yang dijual dengan harga agak murah...sekilo hanya rm10.00 berbanding harga asal berbelas-belas dan kadang kala mencecah puluhan ringgit sekilo......
Teruja dengan percakapan ini,saya lantas membeli sekilo ketam............agak besar juga saiznya...
Sewaktu dalam perjalanan pulang,saya terbayangkan alangkah sedapnya jika ketam ini dimasak lemak...
Bagaikan ada suatu kuasa membaca fikiran oleh mak saya sewaktu melihat saya pulang dengan membawa ketam......."emak nak buat ketam masak lemak cili padi" kata emak saya sejurus melihat ketam tersebut......
Setelah emak siap menyediakan hidangan, saya mula merasainya...agak kecewa bagi saya bila rasa ketam itu seolah-olah sudah lama.....dan tidak lagi manis...........isinya pula hanya sedikit sahaja berbanding saiz ketam tersebut.......mungkin sebab itu ketam ini dijual dengan harga murah fikir saya.....
Saya kemudiannya membandingkan ketam yang saya beli dengan ketam yang abang saya beli tidak berapa lama dahulu.......rm5.00 selonggok tetapi bersaiz kecil.........rasanya lebih manis dan masih lagi sedap dimakan berbanding dengan ketam yang saya beli......
Kecewa,tetapi tiada apa yang boleh dilakukan........sekurang-kurangnya saya dapat juga merasa makan ketam...... berbanding dengan mereka yang langsung tiada makanan......
Harapnya saya lebih berhati-hati dalam melakukan pembelian. Peristiwa ini mengajar saya supaya lebih bijak membuat pembelian.Kadang-kala ada harga yang murah tetapi tidak berkuali,namun ada juga harga barang atau makanan yang murah dan berkualiti.
Sebaik-baiknya saya harus ada sedikit ilmu dalam memilih sesuatu barang,produk atau makanan yang dijual bagi mengelakkan rasa kecewa nanti.
Moga ada manfaatnya "post" kali ini...
Insya-Allah...
amin.
4 comments:
tidak semua yang murah itu tidak berkualiti dan tidak juga semestinya yang mahal itu terbaik..berbalik pada hati yang berakad jual dan beli..
PeRdU cINta betul...kita tidak boleh terlalu menilai begitu sahaja =)
hahaha,, belajar dari pengalaman,,
saja singgah sini.. http://inazalina.blogspot.my/
Ina ZaLinA betul...belajar dari pengalaman =)
Post a Comment