Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Secara jujur,blog ini merupakan antara blog yang kekal(mudah-mudahan terus kekal) setelah begitu banyak blog yang saya buat...
Sekiranya dibaca daripada hari pertama blog ini dihasilkan sehingga sekarang...pasti akan terlihat perbezaannya...mungkin selari dengan usia,pengalaman,pemikiran saya dalam hidup ini.....mungkin...
Niat menghasilkan blog ketika itu kerana mengagumi Irfan Khairi lalu mencari cara menjadi seperti beliau......maka pelbagai blog dibuat......
Kini......umur sudah 25 tahun....sudah melepasi matlamat yang ditetapkan ketika berumur 19 tahun..iaitu menjadi seperti Irfan Khairi.......
Hakikatnya...sehingga kini masih gagal menghasilkan walau seringgit dalam usaha menjadi seperti Irfan Khairi.....salah sendiri..tidak berusaha sungguh-sungguh ke arah itu.......
Selari dengan itu,blog ini juga mengalami perubahan dalam hala tujunya....ya..blog ini menjadi satu bekal untuk dibawa oleh saya ke akhirat nanti....
Moga dengan penulisan atau perkongsian di sini...maka akan ada yang terkesan..tersentuh..meningkatkan keyakinan diri mereka.....lalu disedekahkan al-Fatihah buat saya...
Tujuan saya ketika ini..itulah matlamatnya.....saya tidak rajin sembahyang...tidak banyak bersedekah.....tidak banyak ilmu untuk diajar.......maka dengan blog ini...(harapnya blog ini akan kekal walau saya sudah tidak ada lagi) saya ada sesuatu sebagai bekalan untuk dibawa mati...
Maka,sebab itu juga saya bertindak menutup ruangan komen...bukan kerana saya sombong atau tidak suka komen yang diberi...Malah saya sangat gembira..kerana ada yang sudi meluangkan masa membaca post ini dan memberi komentar...
Cuma saya takut..........takut saya menulis mengharapkan komen dan pujian orang yang datang melawat ke blog saya......itu sudah lari daripada objektif saya terhadap blog saya ini..........
Saya bersyukur kepada Tuhan dan berterima kasih kepada kalian kerana sudi memberi komen-komen di sini.......sungguh......tetapi saya takut dengan kelemahan diri sendiri yang selalu ingin dipuji.....
Maka saya harap teruskan membaca "post" di blog ini,mendoakan yang terbaik buat saya...yang ketika ini dalam usaha mencari makna kehidupan...........dan semoga blog ini dijadikan satu amal buat diri saya.....objektif blog ini ketika ini...akan datang hanya Dia yang lebih tahu......
Saya punya blog satu lagi...blog lukisan saya....blog itu saya mengharapkan komen kerana blog itu merupakan satu usaha menggunakan hobi saya sebagai cara mendapatkan pendapatan......
Mohon difahami tujuan saya menutup ruang komen di sini...saya tidak berniat sombong atau mahu berlaku sombong.........cuma takut sekiranya niat saya di blog ini bertukar arah dan perjalanan....
"semoga ada manfaatnya post kali ini"
insya-Allah...
amin.
Tuesday, January 13, 2015
Maafkan saya.....ruangan komen di blog ditutup bukan berniat berlaku sombong
Labels:
Tarmizi menulis