Sunday, July 13, 2014

Menghadiri pengebumian datuk saudara

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...



Hari ini berlaku kematian seorang datuk saudara...

Pergi menghadiri pengebumian arwah..

Terfikir......................................................................

Penghujung hidup ini~mudah...dikebumikan...dibacakan talkin...dan akhirnya orang ramai bersurai...

Betapa...kita celik mata dan kemudian kita pejam mata untuk selamanya...........

Dunia kita tinggalkan...begitu sahaja..........

Begitu sahaja..selamat tinggal dunia buat selamanya.................................................................

Sedekahkanlah Al-Fatihah kepada mereka yang telah pergi.................................

Semoga ada manfaatnya "post" kali ini

Insya-Allah...

amin.

Tuesday, July 8, 2014

Memperolehi lesen memandu kelas D....




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.......


Syukur kepada Allah...



Akhirnya...lulus ujian kereta...maka berjayalah memperolehi lesen memandu kelas D

Menyingkap semula proses..................................

Pergi mendaftar bersama emak....

Menghadiri kuliah....mendengar ceramah memandu.......

Menunggu lesen L siap..agak lama..sehingga sebulan lebih...akibat masalah yang timbul..sedangkan lesen L sudah lama disiapkan....

Menghadiri kelas memandu..tempoh belajar memandu ialah 10 jam....tetapi ianya memakan masa yang begitu lama sehingga hampir 3 bulan...kerana perlu menunggu kekosongan kelas dan faktor hujan sehingga tidak boleh hadir kelas...

Mencari rakan yang boleh mengajar memandu...bertanya sana-sini..sehingga berniat sanggup pergi Kedah semata-mata ingin kawan mengajar memandu....tetapi hajat itu dibatalkan.......

Menahan telinga dengan makian daripada seorang abang yang sanggup mengajar buat sementara waktu...lebih makian daripada ajaran sebenarnya......

Belajar membawa kereta daripada seorang kawan abang...tetapi hanya satu hari..kerana diserang demam keesokkan harinya......

Mencari guru alternatif yang sanggup mengajar.....akhirnya  berjaya memujuk seorang guru memandu menjadi guru alternatif........

Seterusnya........

Menduduki ujian Pra-Test JPJ......lulus walaupun terasa hampir gagal.....

Menghabiskan seisi latihan  10 jam dan menghadapi kesukaran dalam mendaki bukit.....

Menduduki ujian JPJ sebenar....

Berjaya mengatasi ujian bukit walaupun enjin mati.....tetapi berjaya juga disempurnakan......

Berjaya melakukan "side-parking"

Berjaya melakukan tiga penjuru

Berjaya menjalani ujian jalan raya walaupun menghadapi kesukaran dalam "hand-brake" dan terlupa menentukan gear dalam keadaan bebas awalnya.......

Akhirnya lulus dengan markah 16/20.......

Begitu lama proses mendapatkan lesen memandu kereta...bulan 2 mendaftar.....bulan 3 menunggu lesen L siap sedangkan sudah lama siap tetapi akibat berlaku salah faham...bulan 4 baru mendapat lesen L dan memulakan kelas belajar memandu...menunggu kekosongan kelas...tidak dapat hadir kelas kerana hujan.......bulan 6 tempoh belajar berjaya dihabiskan dan mengambil ujian memandu...bulan 7 lesen kelas D berjaya diperolehi.........

Alhamdullillah.....................................................................................

Semoga ada manfaatnya "post" kali ini......................................................................................

insya-Allah...................................

amin.

Wednesday, June 25, 2014

Umur yang ditetapkan tidak pernah berkurang atau bertambah sehari



Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Sekadar perkongsian nasihat daripada seorang penceramah semasa saya sedang mendengar siaran radio sebelum melelapkan mata...

"Tidak perlu minta umur yang panjang kerana sudah ditetapkan oleh Allah s.w.t tempoh masa kita hidup..ianya tidak pernah lewat sehari dan tidak pernah awal sehari...sebaliknya mintalah umur yang dipenuhi keberkatan...kerana umur yang panjang tetapi tidak berkat tidak bermakna"

Moga ada manfaatnya untuk kalian dan saya daripada "post" kali ini........

Insya-Allah...

amin.

Tuesday, June 17, 2014

Selesai ujian "Pra-Test" kini menunggu ujian JPJ pula... lulus Pra Test barangkali atas dasar simpati..

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

                                 
                                           

Ujian "Pra-Test" kereta berjaya lulus..menunggu untuk ujian JPJ pula....

Tetapi,sepanjang tempoh ujian Pra-Test banyak kali berlaku kesukaran menukar gear,mengimbangi kereta,menekan "clutch" dan pedal minyak...

Malah,enjin kereta mati sebelum perjalanan dimulakan...

Hujah pembelaan bagi diri ini,tidak pernah membawa kereta Viva...malah semasa belajar memandu membawa kereta Kancil...tetapi hujah ini mudah dipatahkan oleh pegawai ujian dan cikgu memandu...

Diberikan lulus oleh penguji...tetapi barangkali lulus atas dasar simpati melihat muka ini yang penuh kekecewaan...

Komen yang diberi oleh penguji harus berusaha lagi dalam penukaran gear....

Justeru,suka atau tidak suka,mahu atau tidak mahu...harus mengambil ujian JPJ...banyak wang ringgit,masa dan tenaga yang telah dan akan digunakan dalam usaha mengambil lesen kereta ini....ujian JPJ inilah akan tahu nasib macam mana........

Sudah selesai mengambil ujian "Pra-Test" kereta...kini menunggu satu lagi ujian sebenar dalam memandu kereta iaitu ujian JPJ...

Korban masa dan wang ringgit yang dilakukan oleh emak saya dan abang Karim yang sudi menjadi guru alternatif membawa kereta saya amat sukar dibalas...

Moga kalian beroleh manfaat daripada "post" kali ini supaya pergi mengambil ujian "Pra-Test"dengan hati yang tenang kerana kalian seorang HEBAT!!!

insya-Allah...

amin.

Sunday, June 15, 2014

Hipokrit...dalam hidupku ini jelas aku seorang hipokrit

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Hipokrit....maksudnya~http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hipokri

                                       

Hipokrit~rasanya hidup ini berlandaskan kepada perkataan ini....mungkin tidak kepada diri kalian yang membaca "post" tetapi bagi diri ini-ya...aku seorang hipokrit...

Mendengar perkataan ini kali pertama...semasa masih di sekolah rendah....ketika seorang kawan yang menegur sikap yang pendiam di sekolah tetapi sangat bising di rumah...

Kini..setelah lama meninggalkan sekolah rendah..dan kawan itu juga jarang ditegur walaupun kadang-kala berjumpa....terasa betapa hidup ini begitu hipokrit...

Buktinya...

Semasa belajar kereta...semasa guru mengajar memberitahu sudah "fed-up" mengajar saya membawa kereta....diri ini hanya tersenyum,memohon maaf dan menganggukkan kepala...tetapi dalam hati berkata "aku lagi fed-up tengok muka kau..bukan ajar sangat pun..heboh main handset jer lebih" bukankan ini dipanggil hipokrit...

Bukti yang lebih jelas...

Berkawan dengan kawan di universiti...supaya memudahkan urusan membuat tesis bagi tahun akhir...supaya urusan menjadi lebih mudah kerana mengharapkan kawan membuat tesis...sedangkan berasa tidak seronok berkawan dengan dia....bukankah ini dipanggil hipokrit...

Hipokrit...sangat membencikan bila terpaksa melakukan perangai hipokrit...tetapi bagi kelangsungan hidup...maka hipokrit dilakukan.......

Moga kalian berasa bangga dengan diri kalian kerana tidak pernah hipokrit dalam kehidupan dan terus tenang dalam mencapai kejayaan...

Insya-Allah...

amin.

Thursday, June 12, 2014

Kekesalan hidup yang berlaku...menyakitkan dan menyedihkan

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


                                   

Peristiwa yang dikesalkan banyak berlaku dalam hidup ini....

Sekadar yang terlintas dalam ingatan...

Mengikut rakan-rakan bekerja kilang..sedangkan tidak minat bekerja kilang..hasilnya..hanya bekerja selama dua hari...

Mengambil pelengkap subjek yang tidak diminati..hanya untuk mempercepatkan tempoh belajar di universiti..tetapi timbul rasa kesal kerana sudah tidak dapat merasa lagi seronoknya belajar di universiti...

Bersetuju berhutang dengan bapa saudara bagi menampung kos hidup belajar di universiti..hasilnya..bapa saudara merajuk..kerana menolak tawaran menjadi kerani....

Mengambil subjek pelengkap ekonomi.niat asal..jika gagal maka ingin belajar lagi di universiti selama setahun lagi......ternyata gagal ekonomi..tetapi tidak mengikut niat asal..sebaliknya mengambil subjek pelengkap lain..bagi menggantikan subjek ekonomi yang gagal...sangat tidak seronok subjek yang diambil.......seolah-olah menjadi orang lain semasa berada dalam kelas tersebut......

Kini...sedang dalam proses mendapatkan lesen memandu kereta...banyak isu yang timbul...sehingga hampir enam bulan masih dalam proses mendapatkan lesen kereta...tiada niat hendak menyusahkan sesiapa khususnya guru yang mengajar memandu.....

Harapnya..biarlah...proses mendapatkan lesen kereta ini tidak termasuk dalam peristiwa kekesalan dalam hidup ini.......

Terlalu banyak sebenarnya kekesalan yang berlaku dalam hidupku ini..salah sendiri sebenarnya..tidak belajar daripada masa lalu..masih melakukan kesilapan yang sama berulang-ulang kali........menyedihkan..dan ternyata ia juga menyakitkan.......

Kalian...moga kisah kekesalan ini ada manfaatnya...supaya hidup kalian dipenuhi kegembiraan dan bukan kekesalan...

insya-Allah....

amin.

Tuesday, June 10, 2014

Merancang sesuatu aktiviti atau majlis... usaha kita keputusan Nya



Dengan nama Allah s.w. yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Merancang...perancangan...merupakan satu usaha yang perlu dilakukan secara tersusun..

Cuba merancang...

Pertandingan futsal teman-teman...di Universiti Malaysia Sarawak dan juga di kampung..

Majlis doa tahlil bagi sahabat yang kehilangan ibu..

Pertandingan badminton bersama teman-teman...

Ada kisah yang tidak disangka...

Kehilangan telefon bimbit sewaktu bermain futsal...

Dimarahi rakan sewaktu bermain futsal

Mengeluarkan duit sendiri bagi membayar gelanggang futsal...

Gagal menyediakan majlis tahlil yang sempurna...

Tetapi..

Masih ingin merancang lagi aktiviti seperti ini...

Mungkin dalam fikiran..semoga ada manfaatnya kerana jurusan sumber manusia...ada perancangan majlis dan aktiviti seperti ini...

Moga jika dikehendaki mengajurkan majlis atau aktiviti... jika diizinkan oleh Nya merasai peluang dan pengalaman makan gaji dalam bidang sumber manusia...maka akan menjadi satu kerja yang mudah...mudah-mudahan...

Kalian...merancanglah....kerana merancang itu usaha kita manakala hasilnya ditentukan oleh Nya...

Moga kalian beroleh manfaat dalam menganjurkan sesuatu aktiviti atau majlis....

Insya-Allah...

amin.