Tuesday, June 17, 2014

Selesai ujian "Pra-Test" kini menunggu ujian JPJ pula... lulus Pra Test barangkali atas dasar simpati..

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

                                 
                                           

Ujian "Pra-Test" kereta berjaya lulus..menunggu untuk ujian JPJ pula....

Tetapi,sepanjang tempoh ujian Pra-Test banyak kali berlaku kesukaran menukar gear,mengimbangi kereta,menekan "clutch" dan pedal minyak...

Malah,enjin kereta mati sebelum perjalanan dimulakan...

Hujah pembelaan bagi diri ini,tidak pernah membawa kereta Viva...malah semasa belajar memandu membawa kereta Kancil...tetapi hujah ini mudah dipatahkan oleh pegawai ujian dan cikgu memandu...

Diberikan lulus oleh penguji...tetapi barangkali lulus atas dasar simpati melihat muka ini yang penuh kekecewaan...

Komen yang diberi oleh penguji harus berusaha lagi dalam penukaran gear....

Justeru,suka atau tidak suka,mahu atau tidak mahu...harus mengambil ujian JPJ...banyak wang ringgit,masa dan tenaga yang telah dan akan digunakan dalam usaha mengambil lesen kereta ini....ujian JPJ inilah akan tahu nasib macam mana........

Sudah selesai mengambil ujian "Pra-Test" kereta...kini menunggu satu lagi ujian sebenar dalam memandu kereta iaitu ujian JPJ...

Korban masa dan wang ringgit yang dilakukan oleh emak saya dan abang Karim yang sudi menjadi guru alternatif membawa kereta saya amat sukar dibalas...

Moga kalian beroleh manfaat daripada "post" kali ini supaya pergi mengambil ujian "Pra-Test"dengan hati yang tenang kerana kalian seorang HEBAT!!!

insya-Allah...

amin.

0 comments:

Post a Comment