Thursday, June 12, 2014

Kekesalan hidup yang berlaku...menyakitkan dan menyedihkan

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


                                   

Peristiwa yang dikesalkan banyak berlaku dalam hidup ini....

Sekadar yang terlintas dalam ingatan...

Mengikut rakan-rakan bekerja kilang..sedangkan tidak minat bekerja kilang..hasilnya..hanya bekerja selama dua hari...

Mengambil pelengkap subjek yang tidak diminati..hanya untuk mempercepatkan tempoh belajar di universiti..tetapi timbul rasa kesal kerana sudah tidak dapat merasa lagi seronoknya belajar di universiti...

Bersetuju berhutang dengan bapa saudara bagi menampung kos hidup belajar di universiti..hasilnya..bapa saudara merajuk..kerana menolak tawaran menjadi kerani....

Mengambil subjek pelengkap ekonomi.niat asal..jika gagal maka ingin belajar lagi di universiti selama setahun lagi......ternyata gagal ekonomi..tetapi tidak mengikut niat asal..sebaliknya mengambil subjek pelengkap lain..bagi menggantikan subjek ekonomi yang gagal...sangat tidak seronok subjek yang diambil.......seolah-olah menjadi orang lain semasa berada dalam kelas tersebut......

Kini...sedang dalam proses mendapatkan lesen memandu kereta...banyak isu yang timbul...sehingga hampir enam bulan masih dalam proses mendapatkan lesen kereta...tiada niat hendak menyusahkan sesiapa khususnya guru yang mengajar memandu.....

Harapnya..biarlah...proses mendapatkan lesen kereta ini tidak termasuk dalam peristiwa kekesalan dalam hidup ini.......

Terlalu banyak sebenarnya kekesalan yang berlaku dalam hidupku ini..salah sendiri sebenarnya..tidak belajar daripada masa lalu..masih melakukan kesilapan yang sama berulang-ulang kali........menyedihkan..dan ternyata ia juga menyakitkan.......

Kalian...moga kisah kekesalan ini ada manfaatnya...supaya hidup kalian dipenuhi kegembiraan dan bukan kekesalan...

insya-Allah....

amin.

0 comments:

Post a Comment