Tuesday, May 2, 2023

Seorang pakcik dan anaknya

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua...


Tadi bawa abang saya pergi appointment hospital...selepas sebulan berehat sebab bulan puasa.

Macam biasa abang saya kena buat fisioterapi dan juga pemulihan carakerja...

Tapi tadi semasa teman abang saya di unit carakerja saya sempat berbual dengan seorang pakcik ni..

Dia bawa anak sebab kemalangan jalan raya tahun 2015...dah lapan tahun anak dia terbaring sahaja...

Kasihan... ikut cerita pakcik tu anak dia kemalangan semasa perjalanan balik ke rumah selepas selesai makan-makan dengan kawan dia...sebab nak masuk tahun akhir diploma..ambil kursus chef..

Perjalanan balik tu anak pakcik ni kena rempuh dengan kereta...

Teruk kata pakcik tu...

Sekarang anak dia terbaring sahaja...datang hospital sebab tangan anak dia susah nak buka...

Anak dia tak ingat dan tak boleh bercakap...

Bila tengok keadaan anak pakcik tu saya rasa sebak ...daripada seorang yang sihat..muda,umur baru 20- an...nak jadi chef...kini terbaring sahaja...

Buat saya rasa syukur sebab Allah s.w.t masih bagi saya kesihatan untuk berjalan...pergi berjaja...

Esok lusa tak tahulah keadaan saya macam mana...

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua...

Insya-Allah...

Amin.


1 comments:

mummy_ayu said...

Allahu...kesiannya.
Nasib masing2 x sama kan...
Moga yg baik2 saja utk pakcik and anaknya tu...

Post a Comment