Saturday, April 29, 2023

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1444 Hijrah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.

Selamat menyambut hari Aidilfitri tahun 1444 Hijrah...

Mohon maaf atas segala kesilapan dalam penulisan atau ada post yang mungkin menyinggung perasaan.

Raya sama sahaja macam biasa...

Cuma tahun ni ada terasa sedikit bila teringat arwah abang kedua saya,angah.

Sebab selalu masa hari Raya ,angah akan selalu ajak pergi melawat rumah mak-mak saudara...

Tahun ni dah tak ada...dan tahun-tahun seterusnya juga saya rasa dah tak nak pergi..

Sebab selalu angah memang tak pernah miss pergi rumah mak-mak saudara...

Rasa sunyi.... kosong...

Tapi alhamdulillah,masa hari Jumaat sehari sebelum raya saya dapat ziarah kubur arwah abang ngah dan bapa saya..

Sebab saya ada dengar sebenarnya hari Raya bukan hari untuk bersedih di kubur sebaliknya hari untuk bergembira sebab dapat berpuasa selama sebulan ..

Tapi kalau hari itu sahaja free nak pergi kubur maka silakan...

Semoga arwah bapa dan angah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Mohon maaf atas segala kesilapan.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Insya-Allah...

Amin.

1 comments:

Cik Ash said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri juga

Post a Comment