Thursday, March 3, 2022

Lari jauh-jauh

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Dah nak masuk bulan Syaban. Lepas tu bulan Ramadan.

Sekejap saja masa berlalu.

22 Syaban nanti genap setahun abang kedua saya meninggal.

Moga abang saya tu sekarang sedang tidur nyeyak di alam kubur.

Entahlah...

Tahun ni entah saya dapat sembahyang terawikh ke tak..

Sekarang ni saya terfikir untuk lari jauh-jauh saja daripada segala masalah yang berlaku sekarang ni.

Tapi tulah, kadang tak sampai hati.

Nak tinggal macam tu saja,banyak kesan yang berlaku nanti.

Nak bertahan,jujurnya saya dah tak larat,penat.

Orang luar hanya pandai bercakap sahaja.

Menanggungnya saya..

Letih, memang rasa penat sangat.

Dalam kepala,fikir nak duduk satu tempat seorang-seorang saja.

Tapi nak buat macam mana, ni libatkan ahli keluarga, kena lah cuba bertahan selagi boleh.

Mohon doakan supaya ahli keluarga saya diberi kesihatan yang baik ya.

Mohon sangat-sangat.

Semoga Allah sahaja membalas segala jasa baik tuan puan semua yang membaca atau terbaca post di blog saya ni.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.

4 comments:

Kak Wawa said...

semoga Allah permudahkan urusan dan dikurniakan kesihatan yang baik selalu.

Rodiah Amir said...

Semoga Allah permudahkan segala urusan & diberikan kesihatan yang baik sekeluarga

Warisan Petani said...

Semoga Allah kurniakan kekuatan dan dipermudahkan urusan sehariannya

PeRdU cINta said...

Aamiin. In sya Allah.

Post a Comment