Thursday, March 31, 2022

Ingat nak buat giveaway

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Saya ingat nak buat satu giveaway. Sebab rasa macam dah lama tak buat.

Saja nak memeriahkan blog ini. Tapi itulah,hadiah tak seberapa sangat.

Setakat ni saya cuma ada hadiah buku.Tak tahulah kalau ada yang minat dengan buku-buku yang saya nak jadikan hadiah giveaway ni.

Saya sertakan gambar buku-buku yang saya nak jadikan hadiah giveaway tu.

Nak bagi hadiah duit atau top up,belum ada bajet lagi.

Tengah berfikir juga ni, bila masa yang sesuai nak buat giveaway ni.

Jika saya buat nanti,harap dapatlah sambutan daripada rakan blogger yang lain.

Mohon doakan segalanya dipermudahkan.

Jika ada rezeki lebih, atau ada yang nak sponsor hadiah giveaway,saya sangat alu-alukan..

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.

4 comments:

Perdu Cinta said...

Semoga apa yang direncana dipermudahkan.

mummy_ayu said...

buat je, in sya Allah ramai je yg join.

At-Tarmizi said...

Perdu Cinta Insya-Allah, terima kasih Kak PC.

At-Tarmizi said...

mummy_ayu Insya-Allah..masa yang sesuai nanti saya buat.

Post a Comment