Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selamat hari lahir Tarmizi.
Sedihkan bila tak jadi apa-apa lagi,
Masih di takuk yang sama hari ke hari,
Lihat yang lain telah terbang tinggi,
Tinggal sendiri tunduk sayu ke bumi.
Selamat hari lahir Tarmizi.
Esok lusa pun masih sama,
Masih di sini, tidak kemana-mana,
Berusaha untuk keluar segera,
Tetapi tetap kembali semula ke asalnya.
Selamat hari lahir Tarmizi.
Jika ada kenalan yang terbaca puisi ini,
Lalu dijadikan ejekan dan gurauan pusi ini,
Tak apalah, aku sudah tua,tak larat lagi,
Hendak menyimpan kecewa dan marah dalam hati.
Selamat hari lahir Tarmizi.
Ingin sekali memeluk dan mencium tangan ibu,
Memohon ampun kerana gagal menjadi sesuatu,
Sesuatu yang boleh dibanggakan dan menyenangkan ibu,
Malangnya hanya menjadi sebab untuk ibu berasa malu.
Selamat hari lahir Tarmizi.
Jika diberi pilhan,pasti aku tak mahu hidup,
Kerana hidup aku tak menjadi,
Bukankah lebih baik jika sejak dari mula lagi,
Tarmizi ini tak pernah wujud di muka bumi.
Selamat hari lahir Tarmizi.
14 comments:
Selamat hari lahir Tarmizi
Move on
perjalanan masih jauh, walau berliku, ada sinar di hujung sana.
sanah helwah yang ke....
Selamat ulangtahun kelahiran Tarmizi.
Dalan berasa tidak mahu hidup..sedang Allah mahu Tarmizi hidup pasti ketentuan Allah itu paling terbaik.Pasti tidak sia-sia.Ada banyak hikmahnya juga.
Warisan Petani terima kasih,harapnya begitu, amin. =)
dear anies yang ke 29 tahun
PeRdU cINta terima kasih Kak PC, insya-Allah..amin. =)
Selamat hari lahir Tarmizi, semoga sihat selalu, panjang umur dan murah rezeki. Jangan sedih2 yer
selamat hari lahir bro Tarmizi..
puisi ini macam layan sedih jer..
rileks la bro...
ramai lagi yang senasib dan cuba berjenaka dengan rasa sedig..
nanti akan rasa lawak yang menghiburkna hahaha
Selamat hari lahir ya..maaf lama tak jenguk anda
Sabah hrlwah tarmini insya Allah tarmizi Akan sentiasa membanggakan ibu.. dun worry
Dunia Zumal terima kasih atas ucapan dan doa =)
mrhanafi memang sedih tuan, baik saya akan cuba, =)
Etuza tak apa cikgu,terima kasih sudi jenguk blog saya =)
mamapp mudah-mudahan begitu,amin. =)
Post a Comment