Tuesday, October 8, 2019

Nampak kecil

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sedikit perkongsian pengalaman yang pernah saya lalui.

Saya pernah duduk menyewa,duduk merantau. Tinggal beramai-ramai dalam rumah sewa.

Secara jujurnya,ada perkara yang kita nampak kecil tapi sangat memberi kesan kepada orang lain.

Contohnya, rancangan televisyen.Pernah terjadi ada kawan saya yang merajuk kerana tidak dapat menonton rancangan kegemarannya kerana kawan-kawan lain nak tengok cerita lain. Nampak kecil tapi merajuk lama juga kawan saya tu dengan kami semua.

Contoh lain, basuh pinggan selepas makan. Nampak seperti kecil tapi boleh menjadi hal besar. Kadang ada yang jenis lepas makan letak sahaja,mungkin dah terbiasa di rumah seperti tu. Bergaduh besar juga kami serumah dengan kawan jenis macam ni.

Jujurnya saya pun ada tabiat atau perangai yang ditegur kawan serumah.Paling saya ingat bila ditegur kawan sebab selalu susahkan dia. Pasal hal motor, saya memang tak mahir pasal motor,jadi selalu tanya kepada kawan saya ni. Lama-lama dia bosan dan marah kerana malas nak melayan soalan saya.

Banyak lagi saya rasa perkara yang nampak kecil tapi sebenarnya memberi kesan yang besar kepada orang lain.Jika ada yang membaca atau terbaca blog saya ini, boleh berkongsi pengalaman atau pendapat mengenai post saya ini.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

insya-Allah...

Amin.

12 comments:

Warisan Petani said...

Duduk dengan kawan2 ni memang banyak cabarannya
kena banyak bertolak ansur dan bersabar.
Sebab tu ada yang memilih untuk duduk sendiri.

A m m i said...

memang gitulah lumrah bila duduk beramai-ramai.
banyak kepala banyaklah masalah.

kalau duduk sesama perempuan pun ada gak masalahnya..
dari segi kebersihan, dari segi pakai barang/baju tak mintak izin,

benda nampak kecik tapi kalau setiap hari berlaku muak juga kan.

mamapp said...

Bila dh duduk ramai2 kenalah bertimbangrasa kan

At-Tarmizi said...

Warisan Petani betul tu WP,lepas ni kalau saya kena merantau lagi,saya nak sewa bilik,duduk sendiri saja =)

At-Tarmizi said...

Sheila Arshad betul,lama-lama memang boleh jadi masalah besar

At-Tarmizi said...

mamapp betul,setuju =)

mrhanafi said...

jika tak nak bergaul dengan orang tinggal dalam gua dan masalah dengan manusia settle.

cuma timbul masalah dengan hidupan liar pula atau makhluk lain.

dunia adalah tempat perkongsian ramai-ramai dan berlapang dada dengan sejuta karenah manusia lain yang sama-sama menumpang di dunia yang sementara ini

dear anies said...

ragam duduk rumah sewa mcm tu laa... tapi kalau saling memahami insya allah boleh jadi harmoni

At-Tarmizi said...

Haha,betul tu tuan,terima kasih atas panduan :)

At-Tarmizi said...

Setuju, kena saling memahami dan bertolak ansur :)

Dunia Zumal said...

Hmmm betul tu, Zumal tinggal dengan family dulu pun banyak cabaran kekadang buat rasa terkilan pun ada.

At-Tarmizi said...

Dunia Zumal bersabar sahajalah yang mampu kita buat,harap terus kuat:)

Post a Comment