Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Besok saya akan pergi ke klinik pakar untuk pemeriksaan rawatan terhadap perut saya.
Sebab kebelakangan ini perut kerap sakit.
Selepas makan akan terasa begitu sakit.
Pergi ke klinik komuniti, kemudiannya disuruh supaya jaga pemakanan dan tidak mengambil makanan pedas.
Tetapi masih sakit lagi.
Jadi besok saya akan pergi ke klinik pakar.
Moga lepas ni sembuhlah.
Sebenarnya semenjak kecil saya kerap pergi klinik. Selalu sangat demam kerana antibodi tak kuat.
Semasa bekerja dahulu pun saya kerap sakit,kebiasaannya sakit perut dan cirit-birit. Jadi kerap kali tidak hadir kerja sampai bos saya marah.
Sekarang ini saya menjadi penjaja kecil-kecilan. Jika perut saya sakit maka saya tak dapat pergi berjaja. Tak ada orang marah cuma tak pergi berjaja tak adalah pendapatan saya haritu.
Saya sebenarnya dah malas asyik nak kena pergi klinik.
Harapnya ini last lah saya pergi mendapatkan rawatan sakit perut saya ini .
Mohon doa semua semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.
insya-Allah...
Amin.
10 comments:
Mudah2an selepas rawatan nanti, sakitnya akan sembuh
Semoga cepat sembuh dan takdak apa2 la inshaAllah
semoga baik2 aje dan diberi kesembuhan... yelah kalau waktu tengah berjaja nak memerut payah pulak kan.
Warisan Petani insya-Allah mudah-mudahan begitu,amin. =)
Ain Athirah terima kasih,insya-Allah amin. =)
Sheila Arshad betul, susah kan orang saja nanti,terima kasih atas doanya =)
Semoga Mizi diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin...
Dunia Zumal terima kasih,amin. =)
Semoga takde yg serious mungkin perut Tu sensitive. Tapi kalau Ada perubahan berat menddak cecepat g hospital ye
mamapp baik,dah pergi klinik dan dapat ubat,kalau makin teruk akan dirujuk ke hospital
Post a Comment