Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sekarang ini tengah panas isu boikot barangan yang bukan produk bumiputera.
Cuma saya rasa perkara ini bukan tentang boikot atau berhenti membeli barangan bukan bumiputera.
Tetapi lebih kepada mengutamakan membeli barangan atau produk keluaran bumiputera.
Biasalah, perkara ini digunakan sesetengah pihak untuk kepentingan masing-masing. Kepentingan dari segi politik,populariti atau perkara yang mungkin boleh menguntungkan mereka.Mereka seolah-olah cuba menimbulkan persepsi atau konsep yang kurang tepat.Seolah-olah membeli barang atau produk bukan keluaran bumiputera satu dosa yang besar.
Secara jujurnya, saya tetap ada membeli barangan di kedai runcit bukan Melayu sebab harganya yang lebih murah sedikit. Selain itu layanan yang diberi terhadap saya semasa membeli. Saya juga pergi ke bengkel motorsikal bukan Melayu sebab cara layanan mereka terhadap saya.
Tempat saya dulu ada bengkel motorsikal milik orang kita tapi rasa sedih pula saya sebab tiub motor saya pakai tak sampai seminggu dah pancit balik. Lepas tu saya dah tak hantar betul motor dekat bengkel tu lagi.
Saya berpendapat ini bukan soal bangsa atau agama, tetapi cara layanan,harga dan servis yang diberi kepada pelanggan.
Ada saja kedai/bengkel Melayu yang baik dan ada juga kedai runcit bukan Melayu yang ok.
Berbalik soal boikot, isunya bukan kata tak payah beli barang dekat kedai bukan Bumiputera tapi lebih kepada utamakan beli barang atau produk keluaran bumiputera. Itu sahaja rasanya matlamat yang ingin dicapai.
insya-Allah saya akan cuba sedaya upaya turut sama dalam kempen beli barangan atau gunakan servis/produk bumiputera dahulu.
Harapnya post saya ini tak disalah erti.Ini sekadar pandangan dan pendapat saya terhadap isu boikot ini. Secara ringkasnya,bagi saya bukanlah boikot tapi utamakan membeli barangan atau produk keluaran bumiputera terlebih dahulu.
Itu sahaja.
Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.
insya-Allah...
Amin.
5 comments:
Kita baru terjaga daripada lena yang panjang
kita utamakan, kita dahulukan. inshaAllah. moga kita istiqomah. aamiin
Warisan Petani harapnya kita terus terjaga =)
Umi Nazrah insya-Allah..mudah-mudahan begitu,amin.
I found your post interesting to read. I cant wait to see your post soon. Good Luck for the upcoming update. This article is really very interesting and effective. Every router and modem has login credentials and a default IP address that allows you to access the settings. 192.168.l.254 is one such IP address used to access settings of routers like TP-Link, 2Wire, ADSL routers, 3Corn routers and Westel ADSL moderns to name a few.
Post a Comment