Tembolok dan tengkolok,
Zaman sekarang zaman tembolok dan tengkolok,
Tembolok sendiri harus difikir terlebih dahulu,
Pedulikan tembolok yang lain,
Asalnya bijak tapi terpaksa berolok-olok tiada otak,
Pedulikan tembolok yang lain,
Asalnya bijak tapi terpaksa berolok-olok tiada otak,
Asalkan tembolok diri berisi, pedulikan tembolok lain yang sakit lamanya sebab jarang diisi...
Zaman sekarang zaman tengok tengkolok,
Makin tinggi tengkolok,makin benarlah semua kata-katanya walaupun sedang mabuk teruk.
Makin tinggi tengkolok,makin benarlah semua kata-katanya walaupun sedang mabuk teruk.
Zaman tembolok dan tengkolok,
Biar diludah muka,dipijak tengkuk,
Asalkan tembolok berisi dan tengkolok makin tinggi,makin selesa lah hidupnya nanti,
Biar diludah muka,dipijak tengkuk,
Asalkan tembolok berisi dan tengkolok makin tinggi,makin selesa lah hidupnya nanti,
Zaman tembolok dan tengkolok,
Tiada tengkolok jarang orang sudi jenguk,
Tiada tengkolok jarang orang sudi jenguk,
Demi tembolok berisi,angguk pada yang tidak,
Ketawa tapi tiada yang lawak,
Ketawa tapi tiada yang lawak,
Jika tiada tembolok tinggi, bermati-matilah asal tembolok berisi.
Zaman tembolok dan tengkolok.
5 comments:
Lama tak dengar dan baca perkataan dua nie.. Tapi memang setuju pun..
Asalam At trmizi..orang Sabah lambat pikup ni. Kena belajar faham...sastera bahasa yang dalam
Etuza Etuza wasalam Cikgu, tak adalah mana ada orang Sabah lambat pikup, sama sahaja =)
Realiti kehidupan..
PeRdU cINta sedih kan
Post a Comment