Assalamualaikum w.b.t
Seperti tajuk "post", sekarang ni kepala terasa pening, sakit kepala,
Mungkin kesan makan bihun sup di sebuah warung tadi, sebab rasanya bihun sup itu dibubuh banyak ajinomoto, terasa pening dan sakit kepala ini.
Tambahan pula dua tiga hari ini badan terasa lemah-lemah...
Saya memang ada sakit pinggang, kesan jatuh motorsikal dahulu rasanya, sampai sekarang masih sukar untuk benar-benar pulih daripada sakit ini, merata tempat juga pergi berurut.
Cuma sekarang ni, sakit pinggang ini semakin terasa.
Kaki pula sekarang ni cepat kejang, mungkin akibat kurang bersenam atau bergerak...
Memang terasa lemah, semasa solat Jumaat tadi pun badan berasa agak tidak selesa.
Mungkin ini tanda-tanda awal sebelum saya demam?
Mohon doa kalian supaya saya diberi kesihatan yang baik..
Saya juga mendoakan sesiapa sahaja yang membaca atau terbaca "post" ini supaya diberi kesihatan yang baik.
insya-Allah...
amin.
12 comments:
Banyakkan rehat..jangan hadap PC terlalu lama..sesekali keluar di laman
..inshaallah kembali sihat ..minum air banyak ya...cukupkan tidur
Etuza Etuza baik, terima kasih cikgu, insya-Allah akan cuba ikut semua tips ini =)
Tidur secukup nya..dan minum air
Mudah2an cepat sembuhnya dan sihat seperti sediakala.
Semoga cepat sembuh yer...
Safirul Amar terima kasih =)
Warisan Petani amin. terima kasih =)
Dunia Zumal insya-Allah, terima kasih ya =)
Take care ye. Mama.pun tgh sakit belakang nj
mamapp thank you. take care juga ya =)
Kalau sakit pinggang masih berterusan, Sha cadangkan saudara mizi untuk buat fisioterapi.. Mungkin boleh membantu melegakan..
Shahida Dzulkafli terima kasih, sebenarnya terasa lebih kepada sakit belakang badan, biasanya kalau sakit ni datang saya tak selesa nak tidur,kena meniarap baru boleh tidur..
Post a Comment