Sudah masuk bulan 8
Hampir meninggalkan tahun 2014...
Hari Raya Aidilfitri kali ini..terasa sedih..kerana tidak dapat mengikut bacaan takbir raya beramai-ramai...
Mengelakkan diri daripada berjumpa kawan-kawan, tidak pergi ke rumah guru-guru dan lebih selesa berkurung dalam rumah.......
Menjadi hikikomori nampaknya..
Mengelak kerana tidak mahu ditanya dengan soalan "kerja mana sekarang?"
Menghampiri hujung tahun........
Harus berusaha mencari kerja makan gaji....dan berharap dapat kekal bekerja.....
Mencari pengalaman semasa masih muda............
Sementara itu...menjadi hikikomori buat sementara waktu...
Tidak berbangga...tetapi untuk keselesaan diri biarlah begini sementara waktu...
Buat kalian Generasi Selepas Diri yang HEBAT!!! moga tidak menjadi hikikomori dan moga ada manfaatnya "post"kali ini..
insya-Allah...
amin.
0 comments:
Post a Comment