Friday, August 8, 2014

Bahasa Terindah

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Betapa bahasa boleh mengguris hati dan perasaan..percakapan yang berbisa itu sangat memedihkan dan menyakitkan...

Percakapan itu boleh menjadi senjata...sama ada senjata yang berguna atau mendatangkan bencana..

Percakapan menjadi senjata yang berguna seperti si penjual menjual barang,produk atau perkhidmatannya..pelanggan tertarik lalu membeli...maka percakapan penjual menjadi senjata kepada dirinya..

Percakapan menjadi sesuatu yang mendatangkan bencana seperti meluahkan kata-kata yang kurang selesa kepada orang lain..maka percakapan menjadi satu bencana kepada kedua-dua pihak.....

Bahasa...boleh menjadikan sesuatu lagu itu merdu dan bermakna jika lirik bahasanya bermanfaat........

Mendengar lagu bertajuk "Bahasa Terindah"...betapa bahasa yang sangat bermakna dan merdu didengar....



Bahasa...saya tidak memahami bahasa haiwan...dan saya juga tidak tahu sama ada haiwan memahami bahasa manusia.....

Bahasa..cara bercakap....boleh menghidupkan semangat atau membunuh semangat....yang pasti kemahiran bahasa merupakan satu kemahiran dan nikmat yang diberi-Nya kepada kita......

Buat Kalian Generasi Selepas Diri yang~HEBAT!!! pasti tidak akan menggunakan bahasa sebagai satu bencana kepada diri dan orang lain kerana kalian ~HEBAT!!!

Moga ada manfaatnya "post" kali ini...

insya-Allah...

amin.

0 comments:

Post a Comment