Sunday, December 30, 2018

Azam 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahun 2018 dah nak habis..

Sempena tahun 2019, ada beberapa perkara yang saya nak buat.

Antaranya:

1)kurangkan ambil gula putih

2) kurangkan minum ais

3)lebih rajin dalam berblog

4) tanam pokok cili

5) kurangkan makan di luar

Nampak kelakar pula senarai ni.

Tetapi jujurnya sukar bagi saya nak laksanakan senarai ni.

Maklumlah,asal bangun pagi..mesti nak minum air manis macam kopi, teh atau teh tarik..

Tak apalah, buat yang mana saya mampu dulu...

Doakan saya berjaya ya...

Amin.

Friday, December 28, 2018

Terima kasih Cikgu Etuza

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah, saya telah terpilih antara salah seorang penerima hadiah kerana menjadi pengomen di blog Cikgu Etuza..

https://madey09.blogspot.com/2018/12/panggilan-alamat-blogger-diperlukan.html

Hadiahnya dah pun sampai petang tadi, lebih kurang pukul 6 petang macam tu.

Hadiahnya?

White Coffe Elken

Image result for white coffee elken
sumber gambar:google images

Maaf ya Cikgu/blogger Etuza, saya terpaksa ambil gambar google images, sebab abang saya tengok ada bungkusan kopi terus dia buka dan minum..haha..

Saya belum minum lagi sebab baru sahaja pulih dari sakit perut, jadi setakat ni saya cuma minum air suam, belum berani nak minum kopi...makan pun saya agak-agak sahaja...tak berani sebarang makan,takut kena sakit perut lagi...

Insya-Allah, dah ok sikit nanti,saya mesti cuba kopi ni.

Setakat ni,saya belum pernah cuba kopi macam ni, yang saya biasa minum kopi cap tupai dan nescafe 3 in 1 sahaja, nescafe tu pun masa saya belajar di Sarawak dulu.

Saya ni seorang penggemar teh sebenarnya...sampai gigi pun jadi kuning sikit akibat terlampau kuat minum teh...haha, saya tak merokok tapi orang ingat saya merokok sebab gigi macam seorang perokok...


Sekali lagi, terima kasih kepada Cikgu Etuza,susah-susah sahaja, dah lah daripada Sabah, tenaga,masa dan wang ringgit yang dikorbankan untuk hantar hadiah ni kepada saya amat saya hargai.

Profile photo
cikgu/blogger Etuza

Terima kasih banyak kerana sudi pilih saya sebagai salah seorang pemenang, terima kasih juga kerana rajin memberi komen,panduan dan nasihat dalam blog saya ini.

Hanya Allah s.w.t sahaja yang mampu membalas jasa baik Cikgu/Blogger Etuza.

Terima kasih sekali lagi.

Alhamdulillah...

Thursday, December 27, 2018

Segmen Bloglist YEASLMN #2019 (Januari - Disember)

Segmen Bloglist YEASLMN #2019 (Januari - Disember)
Klik banner untuk join =)

Tuesday, December 25, 2018

Terima kasih semua

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tak lama lagi tahun 2018 dah nak habis, masuk ke tahun baru 2019.

Justeru, saya nak mengucapkan terima kasih kepada semua yang membaca atau terbaca post-post di blog saya ini.

Terima kasih kerana sudi membaca, terima kasih juga kerana sudi memberi komen,terima kasih kerana memberi sokongan, terima kasih atas segala pendapat dan pandangan.

Saya bermula sebagai blogger pada tahun 2009/2010 kalau tak salah saya. Mulanya sebab saya terpengaruh dengan kisah Irfan Khairi mengenai perniagaan internet,jadi saya melihat blog sebagai tapak permulaaan.

Jujurnya, saya tak berjaya mencapai cita-cita saya itu,dan saya pernah diketawakan oleh kenalan bila saya sebut idola saya Irfan Khairi.

Permulaaan blog ini sebagai diari untuk saya kongsi aktiviti saya,kemudiannya berubah menjadi tempat saya meluahkan pemikiran, pandangan dan perasaan.

Kemudian saya tidak aktif berblog kerana mengalami perasaan kecewa terhadap kehidupan, tidak berjaya mendapat kerja tetap,berat badan meningkat mendadak sehingga obesiti. Saya menjadi malas nak buat apa-apa pun.

Kemudian saya cuba menulis perlahan-lahan semula,melukis dengan watak Asif dan tar, sebenarnya saya buat watak ni sekali saja, kalau suruh lukis semula dah tak boleh.Saya saja-saja nak tambah meriah sedikit blog saya ini.

Selain itu, di alam realiti saya bekerja dengan emak saya sebagai penjaja kecil-kecilan di Pasar Borong menjual ulam-ulaman. Kadang saya ada berkongsi sedikit tips atau kisah perniagaan walaupun saya sebenarnya tak layak. Cuma saya harap dapatlah dijadikan pedoman dan panduan kepada sesiapa yang ingin berniaga.

Saya juga ada join giveaway, contest oleh blogger lain. Alhamdulillah,pernah juga merasa menang atau mendapat hadiah sesuatu contest atau giveaway. Terima kasih dan maaflah kalau ada contest yang saya dapat hadiah saya tak buat post mengenainya...kadang terlepas pandang.Maaf ya.

Blog secara jujurnya saya rasa memang semakin tenggelam dengan media sosial lain seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya..

Tetapi saya akan cuba terus menjadi blogger, mungkin akan menjadi kerjaya,siapa tahu...

Cuma sekarang ini,saya berblog kerana ianya memberi saya perasaan saya sedang "hidup" dan sedang melakukan sesuatu dalam kehidupan.

Ringkasnya kronologi blog saya seperti ini:

2010- menjadi tempat saya kongsi aktiviti.

2011-2013-saya berkongsi pendapat,pandangan,perasaan, aktiviti.

2014-2015-malas nak buat apa-apa pun sebab tak ada kerja tetap dan menjadi obes selepas tamat belajar,tulis dekat blog kadangkala sahaja..

2016-2018-join giveaway,buat cerita Asif dan tar, kongsi pendapat, pandangan, aktiviti, kehidupan yang dilalui, kisah berjaja kecil-kecilan.

2019-? Entahlah,tapi saya akan cuba terus menjadi blogger kerana dengan blog buat saya rasa hidup dalam kehidupan.

Terima kasih kepada yang memberi komen,dan sokongan,saya amat menghargainya...

Sunday, December 23, 2018

Teori dan realiti

Teori dan realiti,

Buat baik selalu,
Nanti mudah hidup mu,
Teorinya begitu,
Realitinya tak seindah itu,

Sabar itu perlu,
Tinggi sabarmu,tinggi darjatmu,
Teorinya begitu,
Realitinya,lambat sedikit kau dah maki bertalu-talu.

Bersatu padu untuk maju,
Teorinya begitu,
Realitinya kau hanya berguna bila perlu.

Masa belajar prasekolah dahulu,Cikgu aku cakap jadi baik orang suka,orang akan tolong kita,hidup kita bahagia..

Tapi kini, aku lihat orang baik selalunya dikhianat,diperah tulang keringat..

Maaflah,aku cakap begini kerana ini aku nampak dan jadi dalam perjalanan kehidupan.

Oh ya, barangkali zaman dah berubah, sekarang bukan baik yang diperlukan.

Sekarang zaman kuasa,pangkat,kabel,dan harta.Jika ada semua ni, tahniah kau akan "nampak"mulia.

Friday, December 21, 2018

Asif & Tar


Wednesday, December 19, 2018

Wira Bomba dan Penyelamat Malaysia