Sunday, December 23, 2018

Teori dan realiti

Teori dan realiti,

Buat baik selalu,
Nanti mudah hidup mu,
Teorinya begitu,
Realitinya tak seindah itu,

Sabar itu perlu,
Tinggi sabarmu,tinggi darjatmu,
Teorinya begitu,
Realitinya,lambat sedikit kau dah maki bertalu-talu.

Bersatu padu untuk maju,
Teorinya begitu,
Realitinya kau hanya berguna bila perlu.

Masa belajar prasekolah dahulu,Cikgu aku cakap jadi baik orang suka,orang akan tolong kita,hidup kita bahagia..

Tapi kini, aku lihat orang baik selalunya dikhianat,diperah tulang keringat..

Maaflah,aku cakap begini kerana ini aku nampak dan jadi dalam perjalanan kehidupan.

Oh ya, barangkali zaman dah berubah, sekarang bukan baik yang diperlukan.

Sekarang zaman kuasa,pangkat,kabel,dan harta.Jika ada semua ni, tahniah kau akan "nampak"mulia.

10 comments:

Cik Suerin said...

Salam dan selamat pagi At-Tarmizi 😊

Cheq ni pun kadang2 ada juga rasa sedih dan rasa macam dunia ni selalu tidak menyebelahi diri saja, tapi kan..kita kena cepat2 sebut Astagfirullah dan kena belajar untuk redho serta yakin dengan ujian Allah Taala ke atas diri kita di dunia ni. Bila hati kita memberontak dan tidak dapat ditenangkan, cuba baca terjemahan ayat-ayat Al-Quran. InsyaAllah, banyak persoalan yang berlegar-legar di dalam diri yang sedang bersedih tu akan seperti mendapat jawapan yang dapat memperbaiki kesabaran yang sudah menipis dalam hati yang sedang diuji tu...

Ujian Allah Taala ke atas para hambaNya ini datang dalam bentuk kesusahan dan juga kesenangan. Biasanya ujian yang datang dalam bentuk kesenangan tu lebih mudah untuk gagal sebab manusia ni memang jenis mudah lupa diri dan sombong dengan kesenangan sementara yang diperolehi tu. Apa2 pun, kita semua perlu terus berusaha dan jangan berputus asa dengan rezeki Allah Taala untuk diri masing2. Tugas kita di dunia ni ialah untuk berusaha, tawakkal, redho dengan segala ujian yang diberi dan yakin dengan rezeki Allah Taala yang sememangnya sudah ditetapkan bagi setiap hambaNya. Cepat dan lambat ja nak dapat rezeki tu, tugas kita ialah berusaha dan jangan berputus asa. Bila dah senang, jangan sekali-kali kita jadi sombong dan bongkak. Semuanya milik Allah Taala semata-mata, maka tiada sebab langsung untuk kita jadi sombong 😊

ejulz said...

betul tu.. kdg2 mmg rasa x adil.. tapi tanamkan niat buat sesuatu keranaNya. Insyaallah hati akan lebih tenang..

PeRdU cINta said...

Kalau semua orang sabar...semua orang baik..insyaAllah baik-baik sahaja.Sayangnya bukan begitu hidup ini.Namun,teruskan pada kebaikkan...kesabaran kerana ganjaran daripada Allah itu ada.

Etuza said...

Asalam..tak apa selagi kita dalam jalan yang betul pasti cahaya kehidupan pasti bersinar. Lalui hidup bersederhana..inshaAllah Allah suka hambaNya yang selalu bersabar

At-Tarmizi said...

Cik Suerin walaikumsalam, terima kasih atas komen,nasihat dan panduan, saya akan cuba mengikuti nasihat dan pandangan ini, harapnya kita semua akan berjaya dunia akhirat.amin.

At-Tarmizi said...

ejulz terima kasih,insya-Allah,akan saya cuba ikut nasihat itu.

At-Tarmizi said...

PeRdU cINta baik,insya-Allah..cuma yalah kadang saya rasa kenapa dunia ini kadang tidak adil, akan saya cuba ikuti nasihat ni =)

At-Tarmizi said...

Etuza Etuza walaikumsalam Cikgu, pertamanya terima kasih kerana sudi pilih blog saya antara penerima anugerah, dan terima kasih atas nasihat,pedoman dan tunjuk ajar cikgu =)

Dunia Zumal said...

Mizi, suatu masa mereka yang naik kerana kabel, harta dan kuasa tu akan bertemu buku dan ruas.

At-Tarmizi said...

Dunia Zumal semoga ada hikmahnya nanti

Post a Comment