Tuesday, April 16, 2024

Hari Raya Aidilfitri 1445 Hijrah

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua...


Pertamanya, saya nak ucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua yang beragama Islam.

Sebenarnya masa nak tunggu pengumuman raya,saya harap raya jatuh pada hari Khamis, sebab saya nak terawih lagi, tapi tak apalah, raya jatuh hari Rabu, maka raikan sahajalah...malam tu alhamdulillah saya dapat ikut takbir raya di masjid.

Tak ada apa pun  raya bagi saya, pergi rumah mak saudara,pak saudara, itupun sebab along saya balik raya tahun ni...ikut dia sajalah..kalau dia tak ada memang saya tak pergi...sebab biasa saya akan pergi dengan arwah bang ngah...ni dia dah tak ada....tak akan saya nak pergi beraya seorang pula kan..

Sebenarnya, saya terkilan sedikit,masa bulan ramadan haritu sekali pun saya tak sempat ziarah kubur arwah bapa dan abang ngah..selalunya memang saya akan pergi kubur masa bulan puasa...saya tak pergi masa hari raya sebab selalunya kubur penuh dengan waris keluarga yang datang melawat kubur ahli keluarga mereka...

Rasanya daripada dulu, sambutan raya saya biasa sahaja...baju raya pakai yang lama, malas nak beli..cuma tahun ni ada kawan emak saya bagi baju Melayu,kira saya ada juga baju Melayu baru.. 

Hari raya pertama, pergi sembahyang raya, lepas tu balik rumah, ikut along ziarah rumah saudara-mara..itu sahajalah...

Di kesempatan ini saya nak mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada sesiapa yang membaca atau terbaca blog saya ini..

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua...

Insya-Allah...

amin.

1 comments:

dear anies said...

salam aidilfitri maaf zahir dan batin

Post a Comment