Hari ini 23/10 merupakan tarikh lahir saya...
Tak ada apa beza sangat pun...sama sahaja dengan tahun-tahun sebelumnya...
Cuma mak saya masak special sikit lah...sebab saya teringin nak makan cekodok geragau...
Alhamdulillah..ada yang jual..susah nak dapat sekarang ni geragau...tak ramai yang menyungkur...
Lima ringgit sepiring...tapi sedikit sahajalah...tak apalah...dapat juga saya makan cekodok geragau.
Dah makin tua saya ni...
Jujurnyan saya dah tak harap apa-apa lagi...saya pun tak rasa nak hidup lama sangat...
Dengan keadaan ekonomi sekarang..kuasa beli yang kurang...kerja saya pun tak tetap.
Macam-macam hal lagilah..
Tak ada apa yang saya harapkan sangat lagi dekat dunia ni.
Tetapi macam mana pun, saya tetap berdoa semoga Palestin akan dapat semula tanah mereka yang dijajah oleh negara haram Israel tu.
Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua..
Insya-Allah...
Amin.
3 comments:
Selamat hari jadi Tar
Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.
Selamat Hari Jadi..
Moga Allah meluaskan rezeki awak seperti buih-buih lautan dan sederas sungai yang mengalir laju. Saya doakan juga awak dapat masuk Syurga tanpa hisab insyAllah.
Happy2 ya, jangan sedih2 :)
selamat hari lahir bro
Post a Comment