Monday, June 26, 2023

Tayar motor bocor

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua...

Baru sahaja tukar starter motor haritu, hari ini tayar motor pula bocor...tayar belakang.

Termenung...

Tayar motor bocor masa dalam perjalanan nak pergi berjaja...

Barangkali kena pisau atau dawai...tak pasti pula sebab bocor memang besar..

Nak tampal@cacing tayar motor pun dah tak boleh sebab bocor dah terlalu besar..

Kena tukar tayar baru terus.

Termenung lagi...

Dalam dompet cuma ada beberapa ringgit..tayar baru 80/90 harga rm80.00

Terpaksalah cari mesin atm yang berdekatan...

Simpanan ada berapa sahaja..

Nak tak nak terpaksalah keluarkan..

Doakan semoga yang baik-baik sahaja untuk saya ya..

Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua...

Insya-Allah...

Amin.

4 comments:

dear anies said...

dah sama mcm kes kwn sy. bln ni je dah 3 kali tayar kete dia kena paku. kalau dah 3 kali tu mmg kena tukar la nmpk nya

apa2 pun semoga segalanya dipermudahkan...aminn

Abam Kie said...

semoga dipermudahkan segala urusan. sy pun baru tukar tayar belakang slps 4 thn guna. tukar sbb tayar dah botak...bila naik, motor x stabil perjalanannya... abis rm75

At-Tarmizi said...

dear anies banyak makan modal tu..terima kasih atas doanya

At-Tarmizi said...

Abam kie bahaya tu..moga dipermudahkan juga segala urusan

Post a Comment