Wednesday, March 15, 2023

22 Syaban

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.

Hari ini dah 22 Syaban ya...lagi 8 hari nak puasa.

22 Syaban juga tarikh di mana abang kedua saya,angah meninggal dunia...Angah pergi pada 4/4/2021 hari ahad bersamaan 22 Syaban 1442 Hijrah jam 6.30 pagi.

Dah dua tahun kau pergi ngah...semoga angah ditempatkan dalam kalangan orang beriman....

Alam kubur menjadi alam berehat...semoga selamat dan berbahagia di alam sana.

Kadang bila lalu tempat kita selalu memancing dulu,teringat dekat kau ngah...semenjak angah meninggal,saya dah tak memancing lagi...sebab saya memang tak minta sangat...cuma nak teman angah sahaja...

Tak tahulah nak tulis apa...cuma bila terfikir hari ini 22 Syaban,rasa macam semalam sahaja kau pergi ngah...padahal dah dua tahun dah...

Mohon doa sesiapa yang terbaca atau membaca blog ini dapat doakan supaya angah atau sebenar Mohd Rashid bin Mokhtar ditempatkan dalam kalangan orang beriman...

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua...

Insya-Allah....

Amin.

1 comments:

dear anies said...

Alfatihah buat mohd rashid bin mokhtar

Post a Comment