Hari ni 10/1 merupakan hari lahir Mak saya.
Tak ada apa yang dapat diberi.
Cuma ucapan sahaja.
Pergi beli kek tadi, terperanjat juga tengok harga kek sekarang..
Setengah kilo rm 40 ke atas.. tahun lepas saya beli rm 30 lebih...yang sekilo dah jadi rm 70...
Faktor kenaikan harga barang rasanya sebab telur saya beli tadi pun dah 45 sen sebiji.
Sudahnya saya beli dua potong sahaja..jadilah...sepotong rm 4...
Selamat Hari Lahir Mak...
Maaflah sebab anak mak ni tak berapa menjadi...kerja pun tak tetap.Pendapatan pun tak menentu...
Harapnya biarlah saya pergi dahulu sebelum mak saya.
Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.
Insya-Allah...
Amin.
14 comments:
Takpa bro. Allah akan memberi ganjaran lebih baik di sisi ALlah, tak dapat di dunia, Insha Allah di akhirat dapat.
Ulamak berkata, jika kita mulia emak seperti raja, Insha Allah rezeki kita akan dapat seperti raja jua. :)
happy birthday makcik..
Alhamdulilah makcik masih ada anak yang mengingati makcik
Moga rezeki anak makcik diluaskan. Rezeki Allah tu luas, antara nampak dgn tk nampk je :)
teruskan berdoa, inshaAllah sampai masanya Allah akan menjawab setiap doamu
happy birthday to your mom. Bersyukurlah sbb masih ada ibu. Abam Kie ni anak yatim piatu.
Semoga sihat selalu Mak Cik
happy birthday to makcik...moga sihat selalu, semoga sentiasa dirahmati Allah...aamiin
semoga makcik dikurniakan kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kebahagiaan berpanjangan. aminnn
Muhammad Naim Abdullah terima kasih,insya-Allah..amin,mudah-mudahan begitulah =)
Cuya terima kasih,insya-Allah...moga yang baik untuk kita semua, amin. =)
Abam Kie baik cikgu, semoga kedua ibu bapa cikgu ditempatkan dalam kalangan orang beriman =)
Syazni Rahim terima kasih =)
mummy_ayu amin..terima kasih puan =)
dear anies insya-Allah..terima kasih, amin =)
happy birthday to your mom! semoga Allah merahmati dan sayang mak awak selalu! rezeki Allah tu luas. inshaAllah, aamiin. <3
záty terima kasih, insya-Allah..mudah-mudahan begitu..amin. =)
Post a Comment