Wednesday, July 20, 2022

Dunia sementara

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Dah lebih setengah tahun.

Sekejap saja masa berlalu.

Dahsyat betul.

Harga barang meningkat, yang makan gaji tu ada juga penambahan daripada basic rm1200 jadi rm1500, yang kerja sendiri macam saya ni? Nak jual barang naikkan harga sikit nanti pelanggan marah.

Lebih-lebih lagi penjaja kecil macam saya yang jual sayur dan ulam kampung ni..mana boleh nak naikkan harga..ramai ingat golongan macam saya ni ada tanah sendiri, ambil daripada pokok dan hasil tanaman sendiri... sedangkan kena ambil juga barang daripada pembekal..ada kos semua tu.

Nak tak nak kena juga cari sumber pendapatan lain...ambil upah mesin potong rumput, cat rumah, kalau ada saudara mara yang buat baik pulih rumah,tolong angkat-angkat batu,gergaji sikit-sikit, apa-apa sahajalah asal dapat duit lebih sikit-sikit.

Sabar sahajalah...dunia ni sementara, tapi tulah sementara ni banyak rasa sengsara.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah.. 
Amin.

4 comments:

Abam Kie said...

Semakin hari semakin tertekan dgn kenaikan harga barang...

Ammi said...

Semoga Allah permudahkan segalanya buat kita

edahyukarim said...

Semoga dipermudahkan urusan kita semua, Aaminnn

PeRdU cINta said...

Sementara namun pelbagai ujian keimanan.

Post a Comment