Monday, August 31, 2020

Hari Merdeka dan sakit kaki

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.

Selamat hari Merdeka yang ke 63 tahun.

Sambut merdeka bersungguh-sungguh

Semoga Malaysia terus aman,membangun,makmur dan maju.

Tetapi sedih sedikit bagi saya, sebab merdeka tahun ni saya sambut dengan kaki yang sakit.

Ceritanya,kaki saya sakit selepas terkena kaki payung sewaktu berjaja.

Mulanya bengkak biasa,melecit sedikit,jadi saya biarkan sahaja.

Lama-kelamaan,makin bengkak,malah melecit menjadi semakin teruk,berkudis dan akhirnya bernanah.

Kaki yang sakit tu kaki kiri, mulanya saya boleh berjalan sedikit-sedikit,lama-lama tak boleh,makin pijak makin sakit.

Sudahnya,saya hanya terbaring sahaja selama dua hari.

Mulanya,saya ingat kaki tu melecet biasa,sapu minyak,dan baik sendiri.

Tetapi, tak,ianya makin teruk dan melarat.

Sampai satu tahap,saya dah tak tahan lagi sakitnya.

Akhirnya terpaksa juga pergi klinik swasta, hari Ahad,jadi tak ada klinik kerajaan yang buka.

Doktor beritahu saya yang kaki saya semakin bengkak sebab kuman. Jadi terpaksa dicucuk jarum.

Selain itu,saya kena makan ubat tahan sakit dan bunuh kuman.

Bengkak semakin kurang,jalan masih terasa sakit, tapi semakin beransur-ansur pulih.

Cuma, sekarang ni saya rasa macam dalam keresahan,bingung dan fikiran macam tak menentu.

Sebab ubat ke? atau sebab sakit kaki saya ni??

Entahlah,

Saya harap sesiapa yang membaca atau terbaca post saya ini, dapat mendoakan kesihatan saya.

Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik.

insya-Allah...

amin.

12 comments:

Warisan Petani said...

Mudah2an dianugerahi keafiatan dan ksihatan yang bertambah baik

NA said...

Semoga cepat sembuh. Amin.

A m m i said...

Ya Allah..semoga Allah ringankan kesakitan Mizi dan disegerakan kesembuhan buat kamu dik.

Muhammad Naim Abdullah said...

Moga cepat sembuh bro

uncle gedek said...

Speedy recovery... apa2 pon dengar juga nasihat doktor

At-Tarmizi said...

Warisan Petani terima kasih,mudahan begitu =)

At-Tarmizi said...

NA insya-Allah..amin. =)

At-Tarmizi said...

A m m i terima kasih,insya-Allah..amin. =)

At-Tarmizi said...

Muhammad Naim Abdullah terima kasih bro =)

At-Tarmizi said...

uncle gedek terima kasih uncle,baik,insya-Allah. =)

Dunia Zumal said...

Semoga cepat sembuh dan salam merdeka yer

Cik TK said...

semoga cepat sembuh ya awak...

Post a Comment