Sedikit luahan rasa pada post kali ini.
Kereta yang dibeli oleh abang saya,(along) untuk kegunaan kami sekeluarga rosak.
sumber gambar:google images |
Temperature kereta tiba-tiba naik sendiri.
Air di tangki air cepat kering,dan berkarat.
Setelah diperiksa oleh mekanik,terdapat berlaku kebocoran pada getah tangki air kereta.
Bahaya,sebab jika enjin dibuka lama,nanti asap akan keluar daripada getah yang bocor tu.
Kereta saya kereta lama, saga tahun 1985, enjin magma 8 valve.
Jadi banyak spare part kereta susah nak cari.
Terpaksa tinggalkan kereta dekat bengkel.
Anggaran repair dalam rm200 ke atas.
Termenung kejap.
Nak buat macam mana.
Nak tak nak kena betulkan juga.
Periksa akaun bank,duit ada tak sampai seratus pun.
Nampak macam kena biar kereta duduk dekat bengkel lama lagi.
Bila dah cukup duit,baru boleh ambil.
Maaflah sebab post kali ini tentang luahan rasa dan masalah.
Sebab kalau saya tak tulis dekat dalam blog ini, saya asyik memikirkan sahaja perkara ni.
Bila dapat tulis macam ni, sekurang-kurangnya lega sedikit kepala saya.
Mohon doa sesiapa yang membaca atau terbaca blog saya ini supaya kereta saya dapat dibaiki dan kosnya tidaklah terlalu mahal.
Terima kasih kerana sudi membaca post saya ini.
Moga yang terbaik sahaja untuk kita semua.
Insya-Allah...
amin.
12 comments:
Semoga semuanya dipermudahkan.. sabar dan tabah ye awak..
Semoga dipermudahkan urusan membaikpulih kereta tersebut.
Moga kereta cepat elok
semoga Allah mempermudahkan urusan mizi...Aamiin...
Semoga tabah dan sabar, insyaallah akan Allah permudahkan
Moga harganya boleh dikurangkan atas budi bicara mekanik.Aamiin.Ada kan mekanik yang berlebih kurang.InshaAllah.
Moga dipermudahkan urusan..Amin..
masalah yg sama menimpa kereta sy skrg...semoga segalanya dipermudahkan
semoga segalanya dipermudahkan.....
Harapnya semua dah selesai dengan baik, insyaAllah... memang pening kepala kalau kereta rosak... saya ni pun tengah fikir nak cari satu lagi kereta untuk back-up kalau apa-apa hal...
Semoga dipermudahkan ye tarmizi
terima kasih semua, update terkini kereta dah ok,nanti jika diizinkan oleh Nya,saya akan cerita pasal kereta ni =)
Post a Comment