Bila sebut hal harta benda,harta pusaka ni memang boleh jadi gaduh besar.
Tak kira adik-beradik,anak-beranak apatah lagi saudara-mara.
Memang menakutkan bila tengok perangai manusia nak-nak lagi bila soal harta benda ni.
Saya bersyukur kerana rumah emak saya ni memang nama emak saya dalam geran tanah.
Jadi tak boleh dituntut oleh saudara-mara lain,jika dibawa ke mahkamah pun,insya-Allah kami menang kerana memang ada bukti yang kukuh.
Cuma setakat ni tak ada siapalah yang datang nak mengaku bahawa tanah ni milik diorang.
Setakat ni yang ada isu bila satu geran ada banyak nama,susah nak diuruskan kalau tak ada sepakat dan kerjasama semua pihak.
Tetapi,jujurnya saya bimbang juga andai tertulis emak saya pergi dulu sebelum kami adik-beradik,tiba-tiba nanti ada pula yang muncul dan mengaku bahawa tanah emak saya sebagai tanah dia.Harapnya tak jadi begitulah.
Okey,sebenarnya saya cerita pasal tanah ni kerana dapat menyaksikan satu kejadian depan mata saya sendiri, adik-beradik dan anak beranak bergaduh dan bertikam lidah bila melibatkan soal tanah ni.
Menakutkan.
Nak buat macam mana kan, harga tanah mahal,nak beli tanah dan nak buat rumah memang kena ada modal yang banyak.
Jadi ramailah yang berebut tanah atau harta pusaka keluarga, semuanya untuk kepentingan dan kesenangan peribadi masing-masing.
sumber gambar:google images |
Jujurnya, jika pasal harta contoh macam tanah,saya pun nak kalau ada hak.
Mana nak cari duit nak beli tanah sendiri, tak mampu saya.
Tetapi syukurlah saya ada tanah emak saya,boleh juga saya menumpang di rumah emak saya.
Bahagian tanah atau hak emak bapa saya, haraplah pihak yang bertanggungjawab untuk uruskan dengan betul.
Terkadang pengurusan hal tanah pusaka jadi rumit kerana tiada kerjasama.Jika ada pihak yang besar kepala tak nak beri kerjasama,maka perkara yang boleh selesai jadi susah nak diselesaikan.
Harapnya tak jadilah seperti salah satu bait dalam lirik lagu Warisan iaitu "nenek moyang kaya-raya,tanah dipijak milik orang"
Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.
Insya-Allah...
amin.
24 comments:
Bab harta... adik beradik boleh bermusuh, boleh putus saudara. Sebab itu kena faraid mahupun buat hibah.
Kalau tanah nama emak, dan emak masih hidup bolehlah buat buat pembahagian dengan memasukkan nama adik beradik dalam geran tersebut mengikut bahagian yang telah ditetapkan.
Ni realiti zaman skrg, sggup bergaduh ssame kluarga pasal nakkan harta. Sya pn prnah tengok pengalaman deman mata. sedih....
Dari dulu kes mcm ni mmeg sentiasa ada.. Sebb tu parent kene bertindak cepat..
Lazimnya isu akan timbul bila ibu ayah dah tiada.masa ibu ayah ada masing-masing akur.Memang tidak semua anak begitu tapi kebanyakkannya dan sebahagian besarnya masing-masing akan tunjuk belang dan minta hak masing-masing.Semua beranni bersuara bila ibu ayah dah tak ada.Kak PC sarankan sementara ibu ayah masih ada uruskan pembahagian harta walau sedikit.Untuk kebaikkan jangka masa panjang.
perlu bincang baik-baik kerana perebutan harta pusaka boleh menjejaskan hubungan kekeluargaan..
sangat jarang yang mahu mengalah dalam bab harta nie
pengajaran untok kita juga
semoga dimudahkan.
Masa ayah meninggal sy dl pun sy tak de ilmu tentang ni. tp mcm biasa la. bila dah ssh korek jugak cari jalan.
itulah
memang dah banyak tengok depan mata
minta sangat lah nanti tak alami benda yang sama
penting sebenarnya wasiat yang dibuat dan ditinggalkan
bila tak ada wasiat yang payah tu
manusia ni biar nampak baik camner pun pasal harta sanggup berebut. itu pernah berlaku kpd sedara sy. masa org tua dia sakit x nak jaga tp bila bapa tu mati yg liat nak jaga ni plak paling tamak nak tuntut harta.....
betul tu.. ada yg dah kaya pun masih berebut harta apatah lagi yg x berapa nak kaya.. semoga dimurahkan rezeki kita semua dan tak timbul isu berebut harta pusaka..
Betul kalau bab harta ni boleh buat gaduh
Eiza GreenAppleKu setuju =)
Warisan Petani insya-Allah akan diusahakan =)
Jari Boloq memang sedih,tapi tulah realitinya
Nadia Johari betul =)
PeRdU cINta terima kasih Kak PC,insya-Allah,saya akan cuba selesai dan buat ikut cara dan nasihat Kak PC =)
mrhanafi betul tuan,bab harta ni memang boleh jadi gaduh
uncle gedek pengajaran untuk kita semua =)
ZULHILMI TEMPOYAK harap tuan boleh kongsi ilmu =)
Hans Hanis betul,kena ada perancangan dan persiapan =)
Abam Kie sedih dengar kisah macam ni kan cikgu
ejulz amin,moga kita semua dimurahkan rezeki
Marina Bashah sedih kan
Post a Comment