Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga kembali berblog.
Kisahnya, charger untuk laptop dah rosak. Tak boleh nak berblog guna laptop, password untuk login blog pula tak ingat, dekat laptop memang dah set siap-siap password. Jadinya tak boleh nak login blog guna smartphone atau laptop lain.
Boleh baca saja blog kawan-kawan blogger lain,nak tinggal komen tak dapat. Nak update post baru pun tak dapat.
Alhamdulillah, tadi ada rezeki lebih sikit,boleh lah beli notebook adaptor yang baru. Harganya dalam rm 70.0, rasa macam mahal sebab survey dekat shopee baru dalam rm 40 ke rm 50 saja. Tapi malas nak tunggu delivery ,jadinya beli dekat kedai sahajalah. Senang.
Banyak sebenarnya saya nak tulis,tapi yang teringin sangat nak tulis pengalaman saya pergi kelas belajar buat roti canai bersama Dato Chef Li-penulis buku Jutawan senyap, memang cita-cita saya daripada dulu nak ada kemahiran buat roti canai. Tetapi jujurnya dah balik kelas pun saya masih belum berjaya tebar lagi, kena banyak berlatih lagi. Doakan saya berjaya. Nanti akan saya kongsikan pengalaman saya pergi kelas ini. Insya-Allah.
Saya juga nak berbanyak terima kasih kepada rakan blogger lain yang masih rajin membaca blog saya ini dan meninggalkan komen di post-post yang lain. Terima kasih banyak sebab komen tuan,puan juga antara sebab saya masih bersemangat hendak menjadi blogger. Rasa gembira sebab ada juga yang sudi baca blog saya ini. Terima kasih,hanya tuhan sahaja mampu membalasnya.
Sekali lagi,syukur kepada Allah s.w.t , dapat juga saya kembali menulis di blog ini. Moga saya akan terus konsisten dalam dunia blogging ini.
Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.
Insya-Allah..
amin.
12 comments:
Syukur dpt login..pernah trjadi mcm ni sbb byk sgt pass dan id nk kena hafal.
Mudah2an dapat menjadi penebar roti canai yang berjaya.
Boleh buka bisnes sendiri.
Ada cara nak dptkan semula password tu...ada tutorial di blog saya. Apanpun keep it up Tarmizi. Blog never die..hihi
alhamdulillah syukur. selamat kembali la ye ^_^
cikguzim haha,samalah dengan saya cikgu =)
Warisan Petani terima kasih,moga diperkenankan doa ini, insya-Allah..amin.
Safirul Amar setuju,blog never die =)
Umi Nazrah alhamdulillah.terima kasih =)
patutlah lama menyepi..
ada kisah sebaliknya.
tentang buat roti canai tu bagus..
sekarang saya sudah hilang minat dalam pemakanan nie..
cuma lebih kepada blogger sahaja...moga berbaloi minat dalam blogging
mrhanafi terima kasih tuan,insya-Allah doakan saya berjaya menjadi penebar roti canai =)
Welcome back tarmizi... Mama pun baru nk start blogwalking ni
mamapp thank you,terima kasih juga selalu blogwalking ke blog saya =)
Post a Comment