Tuesday, February 12, 2019

Sedikit sebanyak tentang saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lama rasanya tak update blog.

Post kali ini simple sahaja.

Sekadar ingin berkongsi maklumat latar belakang saya..

Saja nak berkongsi,sebab yalah saya bukan sesiapa, cuma rasanya kalau ada pembaca atau yang terbaca blog saya ini bolehlah tahu sedikit sebanyak tentang saya.

Baik,

Nama penuh: Ahmad Tarmizi bin Mohktar.

Lahir dan membesar di Melaka. Sekarang pun masih duduk di Melaka. Tumpang rumah emak.

Belum berkahwin.(Bujang)

Anak keempat daripada empat beradik, semuanya lelaki dan saya yang bongsu.

Pendidikan tertinggi setakat ini Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Sumber Manusia daripada Universiti Malaysia Sarawak. Selain itu saya juga merupakan bekas pelajar aliran Sastera tingkatan enam.

Jujurnya,saya belum ada rezeki untuk bekerja dalam bidang sumber manusia.

Mungkin memang tak akan dapat,sebab saya dah bergraduat pada tahun 2013 lagi, sekarang dah 2019.

Silap sendiri,sebab masa pilih tempat praktikal,saya pilih tempat yang tak ada bahagian HR, pilih sebab dekat dengan rumah.Jadi saya tak ada pengalaman HR secara "hands on".

Selepas bergraduat, saya pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan,penjaja pasar malam, menyertai Skim Latihan 1 Malaysia..saya merupakan alumni SL1M bagi Telekom Malaysia Berhad tahun 206-2017, dan juga alumni SL1M bagi Permodalan Nasional Berhad(PNB) tahun 2018-2019. Kedua-duanya saya gagal diserap masuk. Semasa menjadi pelatih SL1M saya tidak ditempatkan di bahagian sumber manusia sebaliknya bahagian hal-ehwal pelajar dan juga bahagian pemasaran dan promosi.

SL1M- Telekom saya menjalani on the job training di Kolej Multimedia,Jalan Semarak,Kuala Lumpur- dah tutup pun kolej ini.

SL1M- PNB saya menjalani on the job training di Stadium Merdeka dan Stadium Negara,Kuala Lumpur...jadi dapatlah tengok konsert percuma kalau ada. Contoh macam konsert Megadeth,Sheila Majid dan kebanyakkannya konsert Korea(K-POP).

Sekarang ini saya bekerja sebagai penjaja kecil-kecilan di Pasar Borong selain menjadi pembekal kerisik/kelapa goreng buatan sendiri ke kedai-kedai runcit, tempahan kenduri kahwin atau sebagainya.

Selain itu,saya juga ada menjalankan perniagaan kecil-kecilan di Facebook dengan menjual komik atau majalah.Dapatlah menampung sedikit sebanyak duit minyak motor atau duit top up.

Kadangkala,saya akan menjadi "buffer" iaitu menjadi pengawal keselamatan sementara jika ada pengawal lain yang ingin bercuti.Dapatlah satu malam tu 50 ke 60 ringgit-bergantung kepada syarikat tersebut.

Menjadi seorang blogger sejak 2009 lagi sehingga kini. Sudah hampir 10 tahun, menjadi blogger kerana awalnya ingin belajar menjadi usahawan internet tetapi tidak berjaya, sebaliknya blog ini menjadi tempat saya meluahkan pemikiran, pandangan dan pendapat terhadap sesuatu isu selain berkongsi kisah hidup.

Pernah cuba menjual produk seperti teddy bear,buku secara online tetapi gagal.

Pernah terjebak menyertai satu skim pelaburan internet selepas dipengaruhi rakan, akhirnya baru sedar ditipu. Mujur modal tak besar sangat join skim tersebut,bawah seratus kalau tak silap saya.

Kini mengalami masalah kesihatan iaitu obesiti.Sukar nak buat aktiviti sebab cepat sahaja dah rasa penat. Mana tak obes, nak hilangkan tension sebab tak dapat kerja yang boleh menjamin masa depan, saya makan sahaja sehingga obesiti. Manakala sejak kecil lagi mengalami masalah berkhayal yang kronik. Suka duduk buat hal sendiri masa zaman sekolah. Menghadapi masalah kesihatan sejak dari kecil iaitu masalah gangguan saraf pada tangan,tangan akan menggigil sendiri. Jadi sejak zaman sekolah lagi akan diejek dan dibuli sebab masalah penyakit ini.Masih tak hilang lagi penyakit ini sehingga sekarang.

Harta yang ada setakat ini ialah motorsikal honda wave 100 yang dibeli tahun 2007..dah 12 tahun usia motor saya tu...dengan motor itulah saya buat pergi berniaga setiap hari.

Okey, rasanya setakat ini dulu sedikit sebanyak tentang latar belakang hidup saya.

Terima kasih sudi baca sehingga habis.

Doakanlah semoga rezeki saya murah dan hidup akan jadi lebih baik.

insya-Allah ...

amin.

7 comments:

YEASLMN said...

Oh. Jiran sebelah rupanya. Hehe. Yea org N.Sembilan. Semoga Allah murahkan rezeki Tarmizi dan keluarga. In shaa Allah :)

PeRdU cINta said...

Sebenarnya setiap hari kita boleh jadikan satu permulaan.Jadi,teruskan usaha.In sha Allah boleh.

Warisan Petani said...

Semoga dipermudahkan urusan seharian dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.

Abam Kie said...

bersabar la dik. buat la apa2 kerja yg halal..janji dpt duit utk menampung hidup. abe kie doakan adik berjaya dunia n akhirat. Aamiin..

Muhammad Naim Abdullah said...

Semoga berjaya bro,

Safirul Amar Bin Hj. Azmi said...

wah..terbaik...!

Etuza said...

Asalam Tmizi banyak pengalaman..mematangkan kehidupan

Post a Comment