Tuesday, January 1, 2019

Sudahlah

Sudahlah...

Sudah meningkat usia,
Sudah semakin hampir penamatnya,
Sudahlah,
Biar saja mereka dengan cara mereka..

Kini masa untuk diri,
Bukankah diri ini pernah dikeji,
Sudahlah,
Bila susah bukan mereka yang ada di sisi.

Sudah lama berangan-angan,
Bilakah masanya untuk tindakan,
Sudahlah,
Buat sahaja perlahan-lahan.

Harapnya dapat dimulakan,
Sebuah perjalanan kehidupan,
Sudahlah,
Dalam hidup yang pasti terjadi cuma kematian.

Sudah sudahlah...
Biarkan diri ini menjadi
Orang gua yang bahagia dengan caranya
Sendiri....

11 comments:

Etuza said...

Asalam semoga sentiasa mendapat rahmatNya ya

Sofie Adie said...

kenapa sedih sangat entri ni. What happen?
I thought 2019 will bright our life...semoga diberi ketabahan dalam apa jua yang dilalui. salam tahun baru^_^

YEASLMN said...

Semoga semuanya baik2 saja dan dipermudah segala urusan :)

At-Tarmizi said...

Etuza Etuza walaikumsalam..moga cikgu pun begitu =)

At-Tarmizi said...

yeaslmn insya-Allah..amin =)

ejulz said...

semoga setiap masa diberi keberkatanNya..

Dunia Zumal said...

Sudahlah jangan macam ni lagi. Semoga 2019 bawa sinar baru.

mamapp said...

Meningkat usia? Mama la tu. Semoga semua Hal Kita dipermudahkan di tahun 2019 ni

At-Tarmizi said...

ejulz insya-Allah..amin.

At-Tarmizi said...

Dunia Zumal harapnya begitulah =)

At-Tarmizi said...

mamapp insya-Allah..amin =)

Post a Comment