Friday, November 2, 2018

Zaman apakah ini?

Zaman apakah ini?

Rancangan TV yang disiar adalah tentang jual beli barang dari pagi hingga ke petang..

Zaman apakah ini?

Kerana wang ringgit sanggup bergaduh sesama keluarga...

Zaman apakah ini?

Di media sosial ramai yang menghakimi...

Zaman apakah ini?

Mereka yang dipilih untuk memimpin akhirnya hanya memikirkan kepentingan keluarga dan diri..

Zaman apakah ini?

Mereka yang mengatakan hutang negara banyak akhirnya merupakan individu yang punyai gaji tertinggi...

Zaman apakah ini?

Mereka yang kaya raya dianggap sungguh mulia walaupun penuh kesombongan dalam berkata-kata...

Zaman apakah ini?
Entahlah...

14 comments:

Etuza said...

Dah akhir zaman Mizi..marilah banyakkan amal2 menuju ke akhirat. Wang harta sekadar alat cuma di dunia. Amal sekalipun hanya senyum adalah amalan termurah yag dijanjikan pahala. Mari amalkan yang baik2. Insha Allah

#JMBELOG said...

#jmbelog...

zaman semakin berubah tanpa dijangka...

PeRdU cINta said...

Zaman nyata khilaf tapi butakan mata hati....zaman patutnya gigih kejar syurga akhirat namun bersungguh kejar syurga dunia..moga kita terhindar dari fitnah dajjal nantinya.

plain83 said...

Zaman fitnah berleluasa, bebas tanpa kawalan :(

Btw, jemput singgah (dan join sekali kalau berminat, heheh) GA Contest gua,
Isi Buih-Kata Komik. Hadiahnya komik indie edisi terhad~ :D

Cuya said...

Zaman materialistik...semuanya pentingkan harga,terlalu mengejar dunia,sampai lupa akhirat kan menjelma,manusia semakin alpa,lalai seketika,lupa Allah yang Maha Esa

Safirul Amar said...

pernah bertanya dengan tauke pam minyak....mahu jadi kaya seperti nya, walaupun dalam poket masa tu cuma ada Rm 30.00...terkejut beruk tauke berbangsa melayu tu...dan terus menjauhkan diri dari saya...

sampai sekarang tertanya tanya...apakah dosa saya padanya? adakah saya tersilap kata?

atau mungkin kah tauke itu...mahu membolot kekayaan dan angkuh dengan harta nya?

At-Tarmizi said...

Etuza Etuza betul cikgu..insya-Allah...sama-samalah kita berusaha ke arah itu

At-Tarmizi said...

JAMIL HASHIM betul setuju =)

At-Tarmizi said...

plain83 kena berhati-hati di zaman sekarang, baik saya akan join contest tu=)

At-Tarmizi said...

PeRdU cINta sedih kan, harapnya kita semua terselamatlah...

At-Tarmizi said...

Cuya fuh, deep...

At-Tarmizi said...

Safirul Amar dia ingat bos nak pinjam duit daripada dia agaknya.. =)

Dunia Zumal said...

Sebenarnya inilah akhir zaman

At-Tarmizi said...

Dunia Zumal =o

Post a Comment