Lelaki yang sentiasa terlambat
Rakan-rakan semasa sekolah rendah sudah mula berbasikal untuk beriadah,
Sedangkan lelaki itu hanya berjaya belajar mengayuh,
Dua tahun sebelum masuk sekolah menengah...
Rakan-rakan menengah sudah mula berlumba motorsikal,
Sedangkan lelaki itu masih terkial-terkial belajar mengenal dan mengawal motorsikal...
Dapat lesen motorsikal hanya setelah habis sekolah...
Rakan-rakan sekuliah di institut pengajian tinggi ramai yang sudah tahu memandu kereta,
Malah ada yang menjalankan bisnes kereta sewa,
Sedangkan lelaki itu hanya menjadi penumpang dan pemerhati dalam kereta yang disewa teman pengajian untuk keluar berjalan-jalan...
Dapat lesen memandu hanya selepas habis belajar dan bergelar graduan...
Lelaki yang sentiasa terlambat,
Semasa rakan seuniversiti mula meniti alam pekerjaan dan memulakan kehidupan,
Lelaki itu masih menghantar surat permohonan kerja dan bertatih-tatih dalam memulakan kehidupan...
Lelaki yang sentiasa terlambat,
Umur yang semakin meningkat,hidup semakin singkat,lelaki itu masih belum bermula,
Moga lelaki itu tak terlambat,
Sebelum hidupnya tamat....
12 comments:
Amin..insyaAllah..bersangka baik dengan Allah SWT.
asalam At Tramizi..tahniah pengkomen terbaik di laman Etuza. Teruskan
Besar tersirat artikal ini..terima kasih nasihat buat lelaki
biar lambat asalkan selamat..
perjalanan cerita hidup setiap orang tu unik. jauh berjalan luas pengalaman hidup. be brave and have a faith ^_^
setiap yang berlaku itu ada hikmahnya disebalik kejadian itu. biar ia lambat tapi nikmat syukur tu ia akan dapat hargai nanti. Jangan sampai dapat laju2 sehingga kita terlupa nak bersyukur dengan nikmat yang ada dan terus hanyut lupa diri.. :)
PeRdU cINta terima kasih..insya-Allah..amin. =)
Etuza Etuza walaikumsalam..wah...terima kasih, insya-Allah, terima kasih juga sebab sudi pilih saya =)
Abam Kie betul cikgu, cuma harapnya saya tak terlalu terlambat =)
sofie adie thank you for the advice, insya-Allah,amin. =)
Ahmad Hasif terima kasih atas nasihat, betul tu, cuma harap-haraplah saya tak terlalu lambat, moga-moga kita semua sentiasa bersyukur dengan segala-Nya =)
Yang penting perlu sentiasa positif dan yakin bahawa rezeki tak akan salah alamat. Cepat atau lambat, itu urusan-Nya tapi yang paling mustahak ialah untuk terus berusaha dan berdoa. InsyaAllah mizi, awak pasti akan berjaya suatu hari kelak. Dan saya akan terus mendoakan kesejahteraan awak..amin..
Kancing terima kasih, kata-kata awak ni mengingatkan saya kepada kawan saya Hazreq, sebab cara dia bercakap sama seperti awak ni, teringin nak berjumpa awak jika ada kesempatan =)
Post a Comment