Wednesday, November 29, 2017

Buntu dan beku

Login masuk ke akaun blog...

Mata terpaku seketika,
Mencari idea untuk menulis sesuatu,
Bingung dan buntu,
Tiada ilham untuk "post"terbaru...

Menonton video di you tube,
Tiada apa yang menarik untuk dikongsi,
Melayari media sosial,
Seperti biasa,
Isu politik,artis berkahwin,demonstrasi,pergaduhan dan pelbagai lagi.

Juga perkara biasa.
Ada yang menggunakan media sosial sebagai tempat meluahkan perasaan, tempat berniaga, berkongsi tips, berkongsi kisah dan sebagainya..

Seperti selalunya juga,
Ada netizen yang memuji,ada juga yang mengeji "post-post" tertentu...

Barangkali di media sosial pesalah jenayah yang paling berat boleh menjadi seorang pendakwah yang paling hebat...

Di media sosial,di alam realiti dan nyata,
Terdapat sahaja manusia yang tak pernah perasan silap dan kurangnya diri sebaliknya berasa diri sendiri malaikat yang paling suci.

Ketika ini masih tercari-cari idea untuk menulis post terbaru di blog ini...

Tenang seketika,minum air,dan hembus nafas...

Moga ilham untuk menulis sesuatu sampai dan moga ada manfaatnya pada diri dan mereka yang membaca.

insya-Allah...

amin.

7 comments:

PeRdU cINta said...

Amin..insyaAllah..ilham itu juga salah satu dari banyak rezeki yang kita nikmati dan Allah beri...

Warisan Petani said...

Dalam entri 'Buntu dan Beku' ni pun dah banyak modal yang diceritakan.

Etuza said...

Usah putus asa, pasti ada yang menarik di kehidupan setiap hari ..lihat persekitaran..pasti melihat Zat Allah. Moga membantu

Etuza said...

setuju dengan WP .

At-Tarmizi said...

PeRdU cINta ya betul, insya-Allah..amin =)

At-Tarmizi said...

Warisan Petani ya ke? terima kasih =)

At-Tarmizi said...

Etuza Etuza terima kasih, insya-Allah..amin =)

Post a Comment