Wednesday, October 4, 2017

Kelas Tahanan



Assalamualaikum w.b.t.

Image result for school detention
sumber gambar: google images.



Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca "post" di blog ini..

Semenjak kebelakangan ini, pelbagai isu yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah...

Isu daripada larangan guru merotan pelajar hinggalah kepada isu jenayah yang dilakukan pelajar sekolah.

Pelbagai pendapat dan pandangan yang diberikan....oleh itu saya juga ingin berkongsi pendapat mengenai isu ini di blog saya ini....

Berbalik kepada isu larangan guru merotan pelajar, barangkali sistem pendidikan kita meniru sistem pendidikan barat...di mana terdapat larangan guru merotan pelajar...kalau kita tengok cerita "orang putih" biasanya kita dapat lihat di mana pelajar yang bermasalah tidak akan dirotan oleh guru mereka.

Tetapi sebaliknya, mereka akan dikenakan kelas tahanan atau dalam bahasa inggeris, "detention class"...di mana selepas habis waktu persekolahan mereka akan ditahan dan duduk berseorangan bersama-sama guru mereka... maka akan bermula seisi kaunseling...guru akan cuba mencari punca dan sebab mengapa murid tersebut menjadi bermasalah...

Secara jujur, saya berpendapat konsep ini agak bagus tetapi sesuai dan bolehkah di amalkan di Malaysia?

Sekiranya seorang guru memberitahu kepada ibu bapa pelajar yang anak mereka dikenakan kelas tahanan, bagaimanakah reaksi mereka? Pada pendapat saya, mereka akan merasa marah dan tersinggung kerana perkataan tahanan itu sendiri memberi definisi yang anak mereka melakukan kesalahan berat dan seolah-olah penjenayah yang ditahan.

Barangkali mereka akan menyerang guru dan memarahi pihak sekolah... tetapi barangkali juga ada ibu bapa yang memahami tujuan pelaksanaan kaedah seperti itu...cuma barangkali nama itu perlu ditukar daripada dikenakan kelas tahanan kepada seisi kaunseling...

ya, di negara kita, Malaysia sudah wujud seisi kaunseling ini....tetapi berdasarkan pengalaman saya sendiri yang dikenakan kelas kaunseling semasa sekolah...bagi saya tidak begitu berjaya...Hal ini kerana guru kaunseling sekolah saya waktu itu lebih berminat mengurat pelajar perempuan di sekolah saya berbanding benar-benar mengambil perhatian terhadap masalah pelajar...

Tetapi itu pengalaman saya, saya percaya ramai lagi guru kaunseling di Malaysia yang benar-benar komited terhadap tugas mereka.....dan ramai yang telah berjaya membantu pelajar keluar daripada masalah mereka dengan mendengar masalah mereka dan bukannya sekadar memberi majalah untuk dibaca kepada pelajar yang dikenakan kelas tahanan sementara menunggu seisi tersebut habis.

Kesimpulannya, pada pandangan saya sekiranya kita ingin mengaplikasi kelas tahanan di sekolah barangkali kita perlu mempunya "mindset" yang betul serta kaedah yang betul sekiranya ingin melaksanakan sistem pendidikan seperti ini.

Ini hanyalah pendapat peribadi saya, saya berharap agar pembaca atau sesiapa sahaja yang terbaca "post" ini dapat memberi pendapat dan pandangan mereka.

Moga ada manfaatnya "post" kali ini...

Insya-Allah...

amin.

4 comments:

Abam Kie said...

Kalau ada kelas tahanan ni menyusahkan cikgu2 gak sbb kami kena menunggu murid2 dlm kelas tahanan tu. Mcm kena buat OT plak. Lain la kalau pibg atau kerajaan bagi elaun. Kalau rotan kan mudah? Zassss sekali terus settle!

At-Tarmizi said...

tapi sekarang bukan hukuman rotan tak dibenarkan di sekolah? mungkin rotan salah satu cara..tapi kalau pelajar itu bermasalah sebab masalah lain contoh macam buat nakal sebab rasa stress atau kecewa dekat rumah..sebab mak ayah bergaduh ke...atau apa-apa sebab lain...sesuaikah pelaksanaan rotan terhadap murid tersebut Abam Kie? =)

Farhana Jafri said...

tapi dari dulu sampai sekarang bilik kaunseling ni hambar takde orang.

At-Tarmizi said...

farhanna jafri kenapa ya agaknya? sama lah sekolah saya dahulu...cikgu kaunseling lelaki sekolah saya lebih sibuk nak mengurat perempuan...bilik kaunseling pun hambar =)

Post a Comment