Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera..
sumber gambar:google images
Impian saya cukup sederhana.
Mempunyai pasangan hidup~ seperti Hiroshi yang mempunyai Misae, Misae mempunyai Hiroshi
Mempunyai anak~ tidak kisah Shin Chan (Lelaki) atau Himawari(Perempuan) asal saya mampu mendidik dia dengan betul...
Mempunyai kerjaya/pendapatan yang stabil untuk menyara keluarga~ seperti Hiroshi yang bekerja keras untuk keluarga
Mempunyai kenderaan untuk kegunaan keluarga~seperti Hiroshi yang menyayangi keretanya
Mempunyai sebuah rumah/tempat kediaman untuk keluarga~seperti Hiroshi yang mempunyai rumah walau terpaksa bekerja keras membayar hutang bank
Mempunyai jiran/suasana kejiranan yang baik~ seperti makcik di sebelah rumah Shin Chan yang menjaga Shin Chan dan Himawari sekiranya ibu bapa tiada di rumah.
Anak-anak akan berkawan dan membesar dalam persekitaran yang sihat dan selesa~seperti Shin Chan yang bersekolah tadika yang lebih mengutamakan keseronokan belajar dan bukannya tekanan belajar... Petang-petang mereka akan keluar bermain/beriadah.....Cikgu tadika akan menjaga dan mendidik dengan kaedah yang sesuai..tuan pengetua bawa bas ambil dan hantar pulang murid ke rumah mereka.
Dalam cerita Shin Chan,mereka ada membela anjing, tak akan saya nak bela anjing pula =P saya tak berminat nak membela binatang sebagai haiwan peliharan, cukuplah sekadar menyayangi dan tidak menyakiti mana-mana haiwan...
Impian yang sederhana, tapi bila dijadikan satu "post" seperti ini, baru tersedar impian ini sukar untuk dijadikan realiti...
Mempunyai pasangan hidup? sekarang lebih fokus kepada mencari kerja/pendapatan yang stabil dahulu....sekarang masih tercari-cari kerja tetap. Sekarang ini berjaja kecil-kecilan sahaja,tetapi tetap bersyukur dengan rezeki yang diberi oleh Allah walaupun tidak mewah.
Mempunyai anak? harus mencari ilmu dan membuat persiapan terlebih dahulu...melihat pengalaman orang lain membesarkan anak, ianya memerlukan ilmu dan komitmen yang tinggi.
Mempunyai kenderaan untuk kegunaan keluarga? ~sekarang nak "maintenance" motorsikal pun kadang-kadang tak mampu, rim motorsikal sudah teruk tetapi masih belum mampu nak tukar kepada "sport rim" tetapi bersyukur sebab ada juga motorsikal untuk ke mana-mana.
Mempunyai sebuah rumah? harga rumah sekarang memang saya tak mampu nak beli,nak mohon rumah mesra rakyat,tanah sendiri pun tak ada,nak mohon rumah PR1MA,tak mampu sebab gaji/pendapatan saya bawah 2,3 ribu.....mujur juga saya ada bilik sendiri di rumah mak bapa saya.Alhamdulillah masih ada tempat berteduh.
Mempunyai jiran dan suasana kejiranan yang baik? entahlah...walau kampung saya banyak berlaku kes kecurian,dan masalah-masalah lain, saya rasa dekat mana-mana tempat pun ada masalah yang sama....bersyukur jugalah sebab ada orang yang tempat tinggal pun tiada...
Secara kesimpulannya,impian saya seperti cerita Shin Chan. Mempunyai keluarga untuk berkongsi rasa sedih,gembira,gelak ketawa bersama-sama dan menangis bersama-sama.Sebuah keluarga dengan kehidupan yang sederhana tetapi bahagia....
Impian yang sederhana, moga tercapai jugalah satu hari nanti.
insya-Allah...amin.
12 comments:
semoga menemui yang terbaik ya.Doa padaNya inshaAllah
Harap2 impian terlaksana.
InsyaAllah.. doa+usaha=Allah sentiasa terima..
Semoga dipermudahkan untuk mengecapi segala impian yang dicitakan...
Semoga di permudahkan
Etuza Etuza terima kasih.insya-Allah..amin =)
Warisan Petani terima kasih. insya-Allah..amin.
PeRdU cINta insya-Allah.amin =)
Dunia Zumal terima kasih.insya-Allah.amin.
Safirul Amar terima kasih =)
Impian yg bermakna. Semoga di kabulkan ..ziarah pepagi ya
Etuza Etuza insya-Allah...terima kasih sudi ziarah =)
Post a Comment