Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
sumber gambar:google.com
Sedikit perkongsian resipi ayam masak kicap yang mudah dan menjimatkan masa...maklumlah orang lelaki yang bujang bila masak maka akan buat resipi yang seringkas dan secepat yang boleh...
Ok...mula-mula sekali bahannya ialah
1) ayam- sebab nak masak ayam masak kicap maka dah tentu kena ada ayam kan? terpulang berapa banyak bahagian/ketul ayam yang nak dimasak...
2) serbuk kunyit- untuk tujuan menggoreng ayam
3) garam-untuk memberi rasa dalam masakan..tak perlu bubuh banyak,risiko untuk kena darah tinggi
4)ajinamoto- untuk memberi rasa dalam masakan tapi tak perlu bubuh banyak sangat, tak berapa elok untuk kesihatan
5)bahan tumis:
1) bawang putih
2) bawang merah
3) halia
- berapa ulas bawang, terpulang kepada diri sendiri.......
6) kicap manis- berapa banyak sukatannya terpulang kepada diri sendiri
7) secawan air...seeloknya gunakan air masak/suam
Ok, cara-cara nak masak
1) gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
2) panaskan minyak masak, lepas tu goreng ayam yang telah digaul dengan garam dan serbuk kunyit tadi.......minyak masak tu sukatannya agak-agak cukup untuk menggoreng ayam, sebab minyak masak harganya dah mahal sekarang ni......
-dah siap digoreng, angkat ayam dan letak ketepi sebentar.
3) masukkan bahan tumis pula ke dalam kuali yang digunakan untuk goreng ayam tadi...dan tumis sehingga kekuningan.......
4) masukkan secawan air, kicap dan ayam yang digoreng tadi....kacau sehingga ayam empuk.
5) masukkan sesudu kecil garam dan ajinamoto....kacau sehingga sebati......
6) dah siap...tapi nak lagi sedap, masukkan cili padi dan bawang besar.....kacau sehingga sebati, dan biarkan selama beberapa minit.
7) hidangkan untuk dimakan.........
Ok, itu sahaja...resipi ini ringkas dan menjimatkan masa, sesuai untuk golongan bujang......sama-samalah kita belajar memasak........banyak aspek sebenarnya yang kena dipelajari...teknik memotong bawang yang betul, sukatan minyak masak yang diperlukan, tempoh masa untuk ayam goreng benar-benar masak dan banyak lagi perkara yang perlu diberi perhatian.
"Maaflah, gambar ayam masak kicap saya buat tadi tak ada, dah habis dimakan"
Semoga ada manfaatnya post kali ini...
Insya-Allah...
amin.
14 comments:
Memang sempoooiiii :)
ayunie ramli terima kasih =)
Wah sedap ni...
Haa bagus2, rajin memasak ni memang bagus, lain kali jangan lupa ambil gambar dulu sedas sebelum makan yer :D
heheheh...mana pic baru tambah selera hahahah
letakah gambar sekeping ayam kicap tu...heheeh
elakkan trus letak aji tu lg elok..hihih
assalamualaikum tarmizi...wah !! lauk org bujang lg sedap rasanyakan..;)
Safirul Amar Azmi hahaha...tak tahulah...sendiri masak sendiri yang makan..=)
plain83 memang, jimat sikit, nak gambar tapi perut lapar, sedar-sedar dah habis ja, tak sempat nak ambil gambar =)
Haniezafri Othman hahaha...tak sempat, dah habis makan baru terfikir nak kongsi =)
Nieda ramly hahaha, lain kali kalau ada resipi saya letak gambar, insya-Allah =)
nuyui a.k.a miss YUI baik, lepas ni saya akan cuba tak letak ajinamoto =)
Mas Zull walaikummusalam, tak tahulah, sebab sendiri masak, sendiri makan, jadi tak tahu nak komen macam mana =)
Post a Comment